Pages

Subscribe:

Pencarian Atlet/Pemain FSKKP

Kepada: Pelajar FSKKP UMP 2010
Dari: Exco Sukan & Kebudayaan PETAKOM sesi 10/11






Bersempena program sukan & rekreasi yang bakal diadakan nanti, kami mencari mahasiawa/i FSKKP yang berbakat & berminat untuk menjadi salah seorang kontinjen FSSKP. Sukan/permainan yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
  • bola sepak(Lelaki sahaja)
  • bola jaring (Perempuan sahaja)
  • bola baling L&P
  • bola keranjang L&P
Kepada sesiapa yang berminat untuk mewakili fakulti dalam permainan tersebut, sila respon me with your information ataupun kepada mana-mana ahli PETAKOM before
5hb Mac '10
My contact details:
  1. oovoo: jerangkung.manis
  2. YM: nia_uttsada
  3. fesbuk: jerangkung_manis@ymail.com
  4. blog : slp me plz

PERARAKAN MAULIDUR RASUL







Kabinet Petakom 2010/2011 telah selamat dipilih dengan sokongan oleh semua mahasiswa-mahasiswi Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP). Terima kasih diucapkan.

Program pertama yang akan disertai oleh Petakom 2010/2011 ialah perarakan Maulidur Rasul yang merupakan acara tahunan di Universiti Malaysia Pahang ini. Berikut merupakan informasi mengenai perarakan tersebut.


Tarikh : 28 Februari 2010
Hari : Ahad
Masa : 8.00 a.m - 10.30 a.m
Dress Code : Siswa - Baju Melayu dan Bersongkok
Siswi - Baju kurung dan Bertudung Putih

Berkumpul di hadapan Masjid UMP jam 7.30 a.m


Semua pelajar FSKKP dijemput hadir.


Sekian, Terima Kasih...

New List of MT & EXCO PETAKOM 2010/2011



Pengerusi
Muhammad Syafiq Bin Sabtu

Timbalan Pengerusi
Madhiah bte Othman

Setiausaha 1
Siti Maimunah bt Nikmat Leong

Setiausaha 2
Samsuri bin Nasrudi

Bendahari
Mohd Hafiz Hamza bin Zakaria

Exco Pengaduan dan Penyelarasan Aktiviti
Mohd Nazrul Ikhmal B. Tajudin

Exco Publisiti & Informasi
Nur Imelia Bt Ibrahim
NorFarahaain Bte Wagiman

Exco Pemasaran
Yeap Jia Wei

Exco Sukan & Rekreasi
Muhammad Alqaf b Azmi.
Nurul Ain Bte Ahmed

Exco Hubungan Luar
Nur Azreen Adzman
Wendy lau pei wei

Exco Akedemik
Hong Jin Bao
Nur Syafiqah Bte Ahmad Termidi

Exco Keusahawanan
Nurul Hidayah Bte Saifudin
Mohd.Naqiuddin Bin Harun

Exco kebajikan dan kerohanian
Nur Aimi binti Ahmad
Siti Hidayah Binti Mohd Miswan

[PROGRAM JEMPUTAN] : KOLOKIUM REMAJA 2010

KOLOKIUM REMAJA 2010
Wahai Remaja, kembalikanlah maruah dan martabatmu!

Time:
28 February 2010
from 8:30am to 12:30pm

Location:
Auditorium Abu Zarim, Integrated Learning Solution (ILSAS)
, Universiti Teknologi Nasional (UNITEN), Bangi, Selangor


Organized By:
Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) dengan kerjasama Khilafah Centre


Semua Muslimah dijemput hadir. Masuk adalah percuma.

MAKLUMAT LANJUT:

012-9238726
DAHLIA
muslimahtm@gmail.com
www.mykhilafah.com


Penyebaran maklumat ini adalah sangat dialu-alukan.
Terima kasih

Barisan MT dan Exco Petakom 2010/2011

Assalamualaikum w.b.t Segala pujian bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana memberikan saya kesempatan untuk memberitahu anda semua tentang barisan majlis tertinggi dan exco PETAKOM bagi tahun 10/11.


Pengerusi
Muhammad Syafiq Bin Sabtu

Timbalan Pengerusi
Madhiah bte Othman

Setiausaha 1
Siti Maimunah bt Nikmat Leong

Setiausaha 2
Samsuri bin Nasrudi

Bendahari
Mohd Hafiz Hamza bin Zakaria

Exco Pengaduan dan Penyelarasan Aktiviti
Mohd Nazrul Ikhmal B. Tajudin

Exco Publisiti & Informasi
Nur Imelia Bt Ibrahim

Exco Sukan & Rekreasi
Muhammad Alqaf b Azmi.
Nur Azreen Adzman

Exco Hubungan Luar
Nurul Ain Bte Ahmed
NorFarahaain Bte Wagiman

Exco Akedemik
Hong Jin Bao
Nur Syafiqah Bte Ahmad Termidi

Exco Keusahawanan
Nurul Hidayah Bte Saifudin
Mohd.Naqiuddin Bin Harun


Exco Kebajikan & Kerohanian
Nur Aimi Bt Ahmad.

SITI HIDAYAH BINTI MOHD MISWAN


Ini adalah nama-nama majlis tertinggi dan exco pada tahun 2010/2011..Saya mengharapkan bahawa setiap ahli dalam kabinet ini akan berusaha bersama-sama dengan saya untuk memajukan Petakom ke satu taraf yang tinggi..Saya juga mengharap bahawa semua pelajar Petakom memberikan kerjasama dengan barisan baru ini...Akhir kata, renungilah kata-kata ini..

“The Best to predict the future,is to create it” .Mari bersama saya membina masa depan petakom tidak kira anda DCS,BCS,BCN or BCG….
Sekian terima kasih

AMANAT MANTAN PENGERUSI PETAKOM 0809


PERSATUAN MAHASISWA SISTEM KOMPUTER & KEJURUTERAAN PERISIAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Alhamdulillah dan penuh syukur saya panjatkan ke atas limpah kasih dan sayang Allah, kerana memberikan saya kesempatan waktu dan peluang untuk menyandang kedudukan sebagai Pengerusi Persatuan Mahasiswa Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian. sesi 08/09. Dek kerana amanah yang dipikul inilah saya diberikan keizinan untuk menulis sepatah dua kata oleh pihak penerbitan buletin PETAKOM.


Alhamdulillah, pengalaman yang didapati daripada mengendalikan Persatuan Teknologi Komputer (PETAKOM) telah mencipta seribu satu kenangan yang sukar untuk dilupakan. Cabaran dan dugaan yang dihadapi merupakan salah satu resepi untuk membentuk peribadi yang hebat, jiwa yang hebat dan kejayaan yang mengagumkan. TAHNIAH PETAKOM!!



Di atas kerjasama Majlis Tertinggi dan Exco PETAKOM, sokongan dan sambutan yang baik oleh mahasiswa mahasiswi FSKKP membenihkan semangat kami untuk terus berjuang, mengendung impian dan harapan kita ke puncak realiti. Merealisasikan pelbagai program–program menarik merangkumi skop akademi, kokurikulum mahupun kebajikan dan sahsiah.


saya ucapkan tahniah kepada calon-calon yang telah Berjaya mendapat undian dan terpilih untuk menerajui kepimpinan persatuan mahasiswa sistem komputer & kejuruteraan perisian sesi 09/10.

Alhamdulillah sepanjang saya menerajui tonjak kepimpinan bersama-sama dengan teman2-teman seperjuangan di barisan PETAKOM,banyaklah pengalaman yang telah lalui bersama dalam memastikan kebajikan,akademi,sahsiah,kesukanan pelajar –pelajar fakulti system computer kejuruteraan dan perisian.


Harapan saya kepada barisan kepimpinan PETAKOM yang baru, adalah agar mereka ini bersikap profesional dan tulus dalam menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.


Saya disini mewakili seluruh warga kerja petakom,exco,secretariat ingin meminta maaf secara terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan fakulti seandainya ada kebajikan,hak-hak mahasiswa yang kami terlepas pandang,terabai tugas dan tanggungjawb dan sebgainya.


Saya dan barisan kepimpinan petakom sesi 0809 amat risau sebenarnya,rasa bersalah,rasa masih ade perkara yang belum dapat diselesaikan diperingkat pelajar,terutamanya mengenai sahsiah pelajar dan etika pelajar,.. saya ingin menyuarakan sedikit pesanan,dan anggaplah pesanan ini adalah pesanan dari seorang sahabat dan seorang teman.

“bilamana diangkat seseorang itu menjadi pemimpin dikalangannya,maka sedarlah bahwa sebelah kakinya telah menjejak keneraka”

Menjadi seorang pemimpin PETAKOM bukan sahaja perlu merancang aktiviti yang grand2, memastikan semua aktiviti yg dirancang berjalan lancar,lantang bersuara dalam memelihara kebajikan pelajar namun seorang pemimpin itu juga harus memastikan agar peljar2 yang dipimpinnya itu mendapat /terjamin keselamatan duniawi dan ukhrawi….



"dan kesianlah kepada pemimpin itu jika ia BISA memimpin ribuan rakyat,tetapi ia tidak bisa memimpin dirinya sendiri kearah kebaikan”




Dalam kata lain,mudah paham.. saya berharap barisan-barisan yang menang(beragama islam) ini agar mendekatkan diri dengan Allah,selalu bersolat dimasjid,bersolat jemaah..meminta petunjuk dari Allah s.w.t.. memohon hidayah bagaimanakah kita boleh mendapat secebis kekuatan bagi melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan keatas diri ini..

“dan takutlah,apabila mungkar dan nangkir,menanyakan …apakah yang telah kamu lakukan,pesan kepada seluruh warga fakulti,adakah kamu pernah mengajak mereka meninggal kemungkaran dan melakukan kebaikan.. – amal mahruf nahi munkar”



WALA TAQROBUL ZINA,saya tahu bahawa zaman remeja anda sekarang.. dalam umur 18-22 meniti zaman remaja,lalu sudah pasti mudah untuk tertarik dengan hiburan ,dengan masalah social..pergaulan bebas..tak kurang juga bagi yang muslim.. meninggalkan solat,kekadang solat jumaat pun tidak datang.. yang perempuannya juga tidak mudah,memakai baju xcukup kain,dedah sana dedah sini…Disini saya menyeru kepada semua mahasiswa muslim FSKKP agar memelihara diri dengan sebaiknya,kerana kita adalah "MAHASISWA" bukannya budak-budak lagi,dan sekarang kita berada di "UNIVERSITI",dan adakah diri anda mengambarkan seorang "MAHASISWA" ? Tepuk dada tanya iman..


Dan saya berharap agar barisan PETAKOM 09/10 dapat memimpin mahasiswa dengan sebaik-sebaiknya,dan ingatlah diketika pada maHsyar pelajar FSKKP mungkin menuntut hak kebajikan ukhrawi mereka disana.

Kembalilah kepada yang haq,kembali kepada tujuan asal manusia diciptakn didunia,dan kembalilah kejalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.. Tolonglah,sedarlah.. jika anda masih berada dalam dunia khayalan,dan perlu diigatkan sekiranya anda bersikap seperti ini,cuba anda pikirkan dalam 20 thun lagi..adakah anda seperti ini..

Masa muda ini perlu digunakan dengan sebaik-baiknya,gunakan utk mencari jalan yang diredhai Allah..


“Amanah itu apabila diletakkan diatas sebuah gunung,maka hancur berkecailah gunung tersebut,bilamana diletak diatas dasar lautan maka keringnya seluruh lautan,dan hanya manusia yang sanggup memingkul amanah tersebut dan sedarlah bahwa sesungguhnya amanah itu amatlah berat.."



Saya harap petakom yang baru bukan saja mampu merapatkan ukhwah sesama kita,tetapi juga dapat merapatkan ukhwah kita dengan pencipta kita iaitu Allah .s.w.t..

Bagi setiap aktiviti yang dilakukan,biarlah dapat memberikan manfaat kepada seluruh warga ump,fakulti dunia dan ukrahwi..


Saya juga berharap selepas ini,pensyarah-pensyarah juga mengambil berat terhadap isu ini… kerja-kerja juga amal ibadat silalah jaga… janganlah tinggal solat…


Saya karang kata-kata ini khas buat teman-teman seperjuangan (Majlis Tertinggi dan Exco PETAKOM sesi 08/09).


“Disetiap hati-hati insan yang bergelar manusia, Allah titip perasan kasih dan sayang, di setiap saat yang berlalu Allah ciptakan kejadian, di setiap manusia yang bernafas Allah utuskan ikatan ukhwah diantara mereka, dan di setiap pertemuan Allah taburi benih-benih perpisahan, dan di ketika perpisahan itu Allah suburkan jiwa manusia yang berdoa untuk temannya.”



Saya ingin menyeru seluruh mahasiswa-mahasiswi Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian agar terus memberikan sokongan padu kepada Persatuan Teknologi Komputer. Ini adalah persatuan kita, suara kita, perjuangan kita!


Sokongan anda umpama akar-akar, persatuan itu hanyalah batangnya, usaha-usaha majlis tertinggi dan exco adalah dedaunnya, dan mekarnya bebunga itu adalah kejayaan, dan terhasillah sepohon pokok yang kuat dan utuh hasil kerjasama kita semua.


Akhir kata dari saya:


“Bermimpi dan berimaginasilah, genggam impian dan harapan anda, bawa belari mengapai bintang dilangit!!”


Peganglah moto PETAKOM “Leading engineers beyond expectation” dan realisasikan ia!



Yang Benar,


AHMAD SAFUAN BIN ABDUL RAZAK

MANTAN PENGERUSI

PERSATUAN FAKULTI SISTEM KOMPUTER & KEJURUTERAAN PERISIAN 0809