Pages

Subscribe:

terima kasih..

Assalammualaikum w.b.t & salam 1 Malaysia...


Presiden PETAKOM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua exco dan seketeriat yang turut sama-sama melakukan solat hajat dan sama-sama berjalan ke pejabat Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) untuk mnyerahkan memorendum.
Isi-isi memorendum tersebut adalah mengutarakan masalah-masalah yang dihadapi oleh mahasiswa dan mahasiswi UMP..

Terima kasih sekali lagi kepada sesiapa yg menyokong..
Tahniah diucapkan

17 menu makanan??wow!!berbaloi2..


ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA PETAKOM!!!
ANDA DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRKAN DIRI BERAMAI-RAMAI KE MAJLIS MAKAN MALAM PETAKOM (ANNUAL GRAND DINNER PETAKOM).

PROGRAM : MALAM SELINGKAR KASIH (MSK'10)
TARIKH : 03 APRIL 2010
HARI : SABTU
MASA : 8 MLM-11 MLM
TEMPAT : BUKIT GAMBANG RESORT CITY, KUANTAN
BAYARAN : RM35 (seorang)
PENGANGKUTAN : BAS UMP
PAKAIAN : BEBAS DAN SOPAN (WARNA BEBAS)

***ETIKA PEMAKAIAN***:

PEREMPUAN
i. Baju berlengan
ii. Kain tidak terbelah
iii. Tidak memakai skrit pendek
iv. Baju tidak jarang
v. Pakaian tidaklah terlalu ketat (tidak menjolok mata)
vi. Tidak memakai selipar

LELAKI
i. Baju berkolar
ii. Baju berlengan
iii. Tidak memakai seluar pendek
iv. Berkasut (tidak berselipar)

ANTARA YANG MENARIK :
CABUTAN BERTUAH
PERSEMBAHAN MENARIK
PENCARIAN PUTERA & PUTERI SELINGKAR KASIH
17 MENU MAKANAN AKAN DISEDIAKAN :

SALAD
assorted greens from the highland garden,
egg salad,seafood salad,tauhu sumbat,
oriental stuffed mushroom,prawn salad,
tomato,cucumber,sweet corn,
with choice of dressing.

SOUP
sup ekor berempah

MAIN DISH
steamed rice,
chicken bamia,
rendang daging,
fried fillet of fish with 3 rasa sauce,
seafood lasagne,
udang acar bali,
mixed vegetable mimosa.

DESSERT
tropical cut fruit,
selection of cakes & pastries,
assorted malay kuih.

teh tarik & nescafe tarik,
orange cordial.

KAUNTER PENDAFTARAN AKAN DIBUKA PADA 23 MAC, 25 MAC, 30 MAC, DAN 31 MAC BERMULA JAM 9 MALAM - 11 MALAM BERTEMPAT DI PAYUNG PUTIH
HARGA: RM35 (DEPOSIT RM25 + BAYARAN KEDUA RM10)

JIKA TERDAPAT SEBARANG KEMUSYKILAN, SILA HUBUNGI ANISAH (0137578533) ATAU FAIZ (0148406369)

Pengumuman!!!

Assalamualaikum w.b.t & salam 1 Malaysia...

Rujukan tesis PSM/PTA

Bilik PETAKOM akan dibuka kepada pelajar FSKKP yang ingin merujuk pada buku tesis PSM/PTA dengan menghubungi YEAP JIA WEI(016-2038007) dalam masa 3 hari lebih awal.

dikehendaki memberi maklumat anda kepada YEAP JIA WEI
NAMA, ID, IC, NO. PHONE.

Jom Masuk U



ASSALAMMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA...

Jom Masuk U merupakan program tahunan yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) sejak tahun 2005 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Antara objektif program Jom Masuk U adalah:
* Objektif program adalah menjadi Pusat Sehenti (One Stop Centre) bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf.
* Program ini juga ingin mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian (Online).
* Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan Kemasukan ke IPTA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
* Menerangkan kaedah pemarkahan kokurikulum berasaskan sekolah yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi permohonan Kemasukan ke IPTA.
* Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain mulai sesi akademik 2010/2011.


Marilah ramai-ramai memeriahkan Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2010. Banyak faedah yang boleh didapati di sana. Tidak mendatangkan kerugian malah mendatangkan manfaat.


Tarikh : 20-21 MAC 2010
Masa : 9.00 pg – 5.00 ptg
Tempat : Dataran Mechinical UMP


Sekian dahulu,
Terima kasih..

UMP:Autoshow Rock U!

Pada 6 Mac 2010, pihak Petakom telah dijemput untuk menyertai program Autoshow Rock U! anjuran Mechapro. Ramai yang hadir ke penganjuran UMP Autoshow gabungan Pusat Kecemerlangan Automotif , Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Persatuan Mechapro, Sekretariat Rakan Muda, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) , Persatuan SAE-UMP Chapter dan Mini Owners Group Malaysia (MOG) untuk menyaksikan pameran kereta dan beberapa aktiviti menarik lain yang disediakan di Dataran Canseleri UMP Kampus Gambang tersebut.

Kita telah menghantar peserta untuk mewakili fakulti dalam beberapa acara yang disediakan. Antaranya booth, Street Dice dan explorace. Kumpulan explorace telah memenangi tempat ke-3 manakala dalam acara Street Dice, peserta hanya memperoleh tempat ke-4. Walau bagaimana pun syabas diucapkan!

Penganjuran program ini memberi pendedahan kepada pelajar UMP khususnya warga FSKKP mengenai aktiviti dan dunia permotoran, selain daripada teknologi perkomputeran.Pihak Petakom amat berbangga dengan komitmen para peserta FSKKP yang bersungguh-sungguh turun padang menjayakan program ini dan membantu menaikkan nama fakulti serta persatuan dikalangan para pelajar daripada fakulti luar.

Sekitar program Autoshow berlangsung:

"Mana nak digantung banner ni?! - Adek-abang

booth PETAKOM - siapa explain kat siapa ni?..

peserta Explorace bertungkus-lumus menyiapkan tugasan diberi

peserta Street Dice gah dengan payung mereka, "budak lab" katanya..

Kereta kita takde, orang lain punya pun jadik laa..

Related page: UMP - Latest News

Malam 1001 FSKKP

Annual Grand Meeting
Persatuan Teknologi Komputer (PETAKOM)
Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian (FSKKP)
Universiti Malaysia Pahang

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Setelah perbincangan dilakukan, persetujuan dicapai, badan pelaksanaan ditubuhkan, dengan ini diumumkan bahawa; AGM bagi Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian akan diadakan pada :

Tarikh : 9 Mac 2010
Masa : 8.30 mlm - 10.30 mlm
Tempat WDKU1
Pakaian : Smart Kasual

Kehadiran semua pelajar FSKKP amatlah diharapkan untuk merapatkan dan memantapkan semangat kita semua sebagai mahasiswa mahasiswi yang bernaung di bawah Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian. Segala pertanyaan dan masalah mahasiswa mahasiswi bolehlah dikemukakan semasa AGM ini.


p/s 1 : Juadah ringan turut disediakan kepada semua..
p/s 2 : Cenderahati turut disediakan kepada 69 mahasiswa/i terawal yang mendaftar.


Sekian dahulu.

Terima Kasih.



NORFARAAIN WAGIMAN,
AJK PUBLISITI,
AGM PETAKOM.

PERARAKAN MAULIDUR RASUL


Assalamualaikum w.b.t...


Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung pada hari Ahad ; 28 Februari 2010, Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian telah menyertai perarakan yang diadakan bermula jam 8.30 pagi - 10.30 pagi. Seramai 30 orang kontinjen FSKKP yang terdiri daripada gabungan ahli Petakom dan mahasiswa-mahasiswi FSKKP menyertai perarakan tersebut.


Persediaan untuk perarakan tersebut dimulakan dengan melukis dan mewarna sepanduk yang berlangsung pada hari Jumaat malam sehinggalah sepanduk yang mewakili FSKKP siap sepenuhnya seperti gambar yang tertera di bawah :
Muka-muka ahli Petakom yang lega pabila sepanduk berjaya disiapkan sepenuhnya.
Terima kasih kepada semua yang membantu.

Ahad : 8.00 pagi - 10.30 pagi
sebelum perarakan bermula.


sedang menunggu giliran untuk masuk ke Kompleks Sukan

Bergambar selepas perarakan tamat.



Presiden Petakom kelihatan riang menikmati makanan yang disediakan.


Diharap dengan program ini, hubungan sesama mahasiswa-mahasiswi UMP semakin rapat tanpa mengira jurang perbezaan fakulti, tahun pengajian, warna kulit, ataupun agama. 


Sekian dahulu..

Terima Kasih..