PERSATUAN MAHASISWA SISTEM KOMPUTER & KEJURUTERAAN PERISIAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah dan penuh syukur saya panjatkan ke atas limpah kasih dan sayang Allah, kerana memberikan saya kesempatan waktu dan peluang untuk menyandang kedudukan sebagai Pengerusi Persatuan Mahasiswa Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian. sesi 08/09. Dek kerana amanah yang dipikul inilah saya diberikan keizinan untuk menulis sepatah dua kata oleh pihak penerbitan buletin PETAKOM.
Alhamdulillah, pengalaman yang didapati daripada mengendalikan Persatuan Teknologi Komputer (PETAKOM) telah mencipta seribu satu kenangan yang sukar untuk dilupakan. Cabaran dan dugaan yang dihadapi merupakan salah satu resepi untuk membentuk peribadi yang hebat, jiwa yang hebat dan kejayaan yang mengagumkan. TAHNIAH PETAKOM!!
Di atas kerjasama Majlis Tertinggi dan Exco PETAKOM, sokongan dan sambutan yang baik oleh mahasiswa mahasiswi FSKKP membenihkan semangat kami untuk terus berjuang, mengendung impian dan harapan kita ke puncak realiti. Merealisasikan pelbagai program–program menarik merangkumi skop akademi, kokurikulum mahupun kebajikan dan sahsiah.
saya ucapkan tahniah kepada calon-calon yang telah Berjaya mendapat undian dan terpilih untuk menerajui kepimpinan persatuan mahasiswa sistem komputer & kejuruteraan perisian sesi 09/10.
Alhamdulillah sepanjang saya menerajui tonjak kepimpinan bersama-sama dengan teman2-teman seperjuangan di barisan PETAKOM,banyaklah pengalaman yang telah lalui bersama dalam memastikan kebajikan,akademi,sahsiah,kesukanan pelajar –pelajar fakulti system computer kejuruteraan dan perisian.
Harapan saya kepada barisan kepimpinan PETAKOM yang baru, adalah agar mereka ini bersikap profesional dan tulus dalam menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.
Saya disini mewakili seluruh warga kerja petakom,exco,secretariat ingin meminta maaf secara terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan fakulti seandainya ada kebajikan,hak-hak mahasiswa yang kami terlepas pandang,terabai tugas dan tanggungjawb dan sebgainya.
Saya dan barisan kepimpinan petakom sesi 0809 amat risau sebenarnya,rasa bersalah,rasa masih ade perkara yang belum dapat diselesaikan diperingkat pelajar,terutamanya mengenai sahsiah pelajar dan etika pelajar,.. saya ingin menyuarakan sedikit pesanan,dan anggaplah pesanan ini adalah pesanan dari seorang sahabat dan seorang teman.
“bilamana diangkat seseorang itu menjadi pemimpin dikalangannya,maka sedarlah bahwa sebelah kakinya telah menjejak keneraka”
Menjadi seorang pemimpin PETAKOM bukan sahaja perlu merancang aktiviti yang grand2, memastikan semua aktiviti yg dirancang berjalan lancar,lantang bersuara dalam memelihara kebajikan pelajar namun seorang pemimpin itu juga harus memastikan agar peljar2 yang dipimpinnya itu mendapat /terjamin keselamatan duniawi dan ukhrawi….
"dan kesianlah kepada pemimpin itu jika ia BISA memimpin ribuan rakyat,tetapi ia tidak bisa memimpin dirinya sendiri kearah kebaikan”
“dan takutlah,apabila mungkar dan nangkir,menanyakan …apakah yang telah kamu lakukan,pesan kepada seluruh warga fakulti,adakah kamu pernah mengajak mereka meninggal kemungkaran dan melakukan kebaikan.. – amal mahruf nahi munkar”
WALA TAQROBUL ZINA,saya tahu bahawa zaman remeja anda sekarang.. dalam umur 18-22 meniti zaman remaja,lalu sudah pasti mudah untuk tertarik dengan hiburan ,dengan masalah social..pergaulan bebas..tak kurang juga bagi yang muslim.. meninggalkan solat,kekadang solat jumaat pun tidak datang.. yang perempuannya juga tidak mudah,memakai baju xcukup kain,dedah sana dedah sini…Disini saya menyeru kepada semua mahasiswa muslim FSKKP agar memelihara diri dengan sebaiknya,kerana kita adalah "MAHASISWA" bukannya budak-budak lagi,dan sekarang kita berada di "UNIVERSITI",dan adakah diri anda mengambarkan seorang "MAHASISWA" ? Tepuk dada tanya iman..
Dan saya berharap agar barisan PETAKOM 09/10 dapat memimpin mahasiswa dengan sebaik-sebaiknya,dan ingatlah diketika pada maHsyar pelajar FSKKP mungkin menuntut hak kebajikan ukhrawi mereka disana.
Kembalilah kepada yang haq,kembali kepada tujuan asal manusia diciptakn didunia,dan kembalilah kejalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.. Tolonglah,sedarlah.. jika anda masih berada dalam dunia khayalan,dan perlu diigatkan sekiranya anda bersikap seperti ini,cuba anda pikirkan dalam 20 thun lagi..adakah anda seperti ini..
Masa muda ini perlu digunakan dengan sebaik-baiknya,gunakan utk mencari jalan yang diredhai Allah..
“Amanah itu apabila diletakkan diatas sebuah gunung,maka hancur berkecailah gunung tersebut,bilamana diletak diatas dasar lautan maka keringnya seluruh lautan,dan hanya manusia yang sanggup memingkul amanah tersebut dan sedarlah bahwa sesungguhnya amanah itu amatlah berat.."
Saya harap petakom yang baru bukan saja mampu merapatkan ukhwah sesama kita,tetapi juga dapat merapatkan ukhwah kita dengan pencipta kita iaitu Allah .s.w.t..
Saya juga berharap selepas ini,pensyarah-pensyarah juga mengambil berat terhadap isu ini… kerja-kerja juga amal ibadat silalah jaga… janganlah tinggal solat…
Saya karang kata-kata ini khas buat teman-teman seperjuangan (Majlis Tertinggi dan Exco PETAKOM sesi 08/09).
“Disetiap hati-hati insan yang bergelar manusia, Allah titip perasan kasih dan sayang, di setiap saat yang berlalu Allah ciptakan kejadian, di setiap manusia yang bernafas Allah utuskan ikatan ukhwah diantara mereka, dan di setiap pertemuan Allah taburi benih-benih perpisahan, dan di ketika perpisahan itu Allah suburkan jiwa manusia yang berdoa untuk temannya.”
Saya ingin menyeru seluruh mahasiswa-mahasiswi Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian agar terus memberikan sokongan padu kepada Persatuan Teknologi Komputer. Ini adalah persatuan kita, suara kita, perjuangan kita!
Sokongan anda umpama akar-akar, persatuan itu hanyalah batangnya, usaha-usaha majlis tertinggi dan exco adalah dedaunnya, dan mekarnya bebunga itu adalah kejayaan, dan terhasillah sepohon pokok yang kuat dan utuh hasil kerjasama kita semua.
Akhir kata dari saya:
“Bermimpi dan berimaginasilah, genggam impian dan harapan anda, bawa belari mengapai bintang dilangit!!”
Peganglah moto PETAKOM “Leading engineers beyond expectation” dan realisasikan ia!
Yang Benar,
AHMAD SAFUAN BIN ABDUL RAZAK
MANTAN PENGERUSI
PERSATUAN FAKULTI SISTEM KOMPUTER & KEJURUTERAAN PERISIAN 0809
3 tester:
waaaa... dah jadi mantan.. uhuksss.. akan rindu waktu sama2 susah n gelak tawa.. huhuhu
salam.. huhu.. kita dah mantan,namun jangan biarkan pejuangan itu berakhir disini sahaja..
lagian kamu syafiqah masih lgi punya waktu utk berbakti,dan memperbaiki,,
erti pada yg memberi, mmberilah sebanyak mana,dan utk menerima mintalah pada Allah..
jangn sia2kan amanah dan tanggungjwab walau seadai tiada sorg pn yg melihat atau menghargai tugasmu.. namun yakin dan pasti Allah akan membalasnya kelak..
insyallah..
teruskan melangkah dan berjuang!!
saya tidak ada di situ...waaaa....... :( .....safuan edit la gmbar nie biar ckup korum...hahhahahaa....
Post a Comment