Program Green Campus adalah satu program cintai alam sekitar yang bertujuan untuk memupuk semangat cintai alam sekitar dan memberi kesedaran kepada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) khusunya tentang kepentingan mencintai alam sekitar dalam dunia serba moden ini. Program ini selaras dengan seruan kerajaan dan dunia umumnya untuk memulihara kehidupan hutan dan mengurangkan kesan rumah hijau di muka bumi. Program ini juga telah pun berlangsung di seluruh negara di mana setiap negeri mempunyai satu hari khusus tanpa penggunaan plastik dan polisterina dalam urusan jual beli. Selaras dengan itu, Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengambil inisiatif untuk mempraktikkan metodologi ini ke dalam kampus. Setelah beberapa tahun dilancarkan, program ini telah mencapai objektifnya di mana di setiap kafeteria pada hari-hari tertentu, mahasiswa yang hendak membeli makanan perlu membawa bekas makanan sendiri. USM juga membawa masuk penggunaan polisterina terbiodegradasi namun dengan kadar bayaran ke atasnya pada setiap pembelian.
Cintai alam sekitar dalam dunia serba moden |
Oleh yang demikian, di peringkat Universiti Malaysia Pahang dan yang pertama di kawasan Pantai Timur, gabungan 7 persatuan fakulti UMP akan menganjurkan program Green Campus yang dijangka berlangsung dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang, Prof. Dato' Dr. Daing Nasir bin Ibrahim pada awal Januari tahun hadapan. Namun pelaksanaan berperingkat Green Campus ini akan bermula seawal bulan Oktober tahun ini bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa. Pelaksanaan program ini berlaku di dalam kampus UMP sahaja iaitu meliputi kampus Gambang dan kampus Pekan. Program ini dirancang akan berlangsung selama 3 hari dengan pelbagai aktiviti padat seperti pertandingan, persembahan, pameran dan sebagainya.
Diharapkan pemberitahuan awal ini dapat mempersiapkan diri mahasiswa PETAKOM khususnya untuk sama-sama kita menjayakan program Green Campus yang bakal berlangsung selaras dengan seruan kerajaan Malaysia dalam pemuliharaan alam sekitar.
Facebook: SKUAD CAKNA KOMUNITI PETAKOM
0 tester:
Post a Comment