Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Selangkah Menuju Kejayaan adalah satu lagi program bawah tanggungjawab petakom yang baru selesai beberapa minggu lepas. bertempat di UMP, WDK14 & WDK 15. Program yang berlangsung pada 6 April lepas yang melibatkan Murid Tahun 6 SK Kuala Kaung dan SK Lanchan dan pelajar UMP.
Program yang bermatlamat untuk membantu murid-murid menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman serta memberi pendedahan kepada murid mengenai suasana pembelajaran di pusat pengajian tinggi dan seterusnya dapat meningkatkan motivasi selesai dengan jayanya dan mencapai matlamat yang ingin dicapai. Program sebegini sangat berguna dan dapat megelakkan culture shock pada pelajar. Lebih-lebih lagi pada pelajar sekolah rendah yang sememangnya belum pernah mengambarkan suasana di universiti.
sedikit ringkasan mengenai perjalanan program
Bermula seawal 7.30 pagi semua fasilitator bersiap sedia di blok W bagi menyambut kedatangan para peserta. Seramai 55 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 6 SK Kuala Kaung dan SK Lanchang serta 6 orang guru pembimbing sampai di perkarangan blok W pada pukul 9.15 pagi. Mereka diberi sarapan dan sejurus selepas itu program terus bermula dengan sesi pengenalan ringkas dari fasilitator mengenai UMP dan FSKKP serba sedikit.
Tepat pukul 10 pagi, peserta dibawa melawat ke Galeri UMP sebagai destinasi pertama slot lawatan. Kemudian bergerak ke FIST, FKKSA, FKASA, FTech, dan akhir sekali ke FSKKP. Sesi lawatan berakhir pada pukul 12.45 dan para peserta bergerak ke Masjid UMP untuk solat berjemaah serta makan tengahari.
Pergerakan para peserta ke blok W semula ialah pada pukul 1.50 tengah hari. Tepat pada pukul 2 petang, slot LDK hala tuju dimulakan. Tujuan LDK ini adalah untuk memberi kesedaran tentang keperluan merancang hala tuju hidup masa akan dating dan juga untuk membentuk kerjasama dalam kumpulan dan berkefahaman dalam memjalankan aktiviti. Slot ini berjalan dengan lancar dengan bantuan daripada setiap fasilitator untuk membimbing para peserta.
Selepas slot LDK hala tuju tamat, tepat pada pukul 4 petang, slot motivasi pula bermula. Penceramah merupakan bekas Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/12 iaitu Saudara Mohd Zulwafi Bin Bahaudin. Slot ini bertujuan untuk memberi kesedaran serta kata-kata semangat kepada para peserta ekoran menjelang peperiksaan UPSR beberapa bulan lagi.
Selepas tamat slot motivasi pada pukul 5 petang, fasilitator bersiap sedia pula untuk majlis penutup setengah jam kemudian. Majlis penutup dihadiri oleh penasihat program, Dr. Tuty Asmawaty Binti Abdul Kadir dan Dr. Adzhar Bin Kamaludin sebagai VIP untuk majlis penutup tersebut. Penyampaian hadiah dan cenderahati kepada peserta dan gurun pembimbing berjalan lancar. Majlis penutup diakhiri dengan tanyangan montaj dan sesi fotografi. Para peserta kelihatan begitu gembira melihat tayangan montaj tersebut.
Selepas majlis penutup, para peserta bersama guru pembimbing serta VIP dijemput untuk menjamu selera di dewan makan yang disediakan. Para peserta menaiki bas untuk pulang ke SK Kuala kaung pada pukul 6.30 petang.
Even we never expect to face this kind of situation in university when we first arrive here. And i can proudly said that UMP is the best university. Being in UMP is almost the same with being in home. All of us even in different faculty is so nice and kind with each other.
0 tester:
Post a Comment