[PETAKOM] Permohonan untuk menjadi calon Pilihanraya PETAKOM sesi 2010/2011
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Permohonan untuk menjadi calon Pilihanraya PETAKOM sesi 2010/2011 kini dibuka sehingga 24 Januari 2011.
Syarat Kelayakan:
1) Untuk calon umum: CGPA 2.8 dan ke atas, manakala untuk calon kursus/kos: CGPA 2.5 dan ke atas.
2) Untuk calon umum: penglibatan kelab/persatuan adalah wajib, manakala untuk calon kursus/kos: penglibatan kelab/persatuan adalah optional.
3) Bagi calon kursus/kos sahaja, nyatakan jawatan yang ingin disandang (Sila rujuk senarai Exco di memo atau di Facebook SKUAD-CAKNA KOMUNITI PETAKOM)
4) Calon hendaklah mempromosikan diri:
- Bagi calon umum: Anda perlu hadir ke manifesto. Anda juga perlu mempromosikan diri di Facebook SKUAD-CAKNA KOMUNITI PETAKOM dan di blog PETAKOM.
- Bagi calon kursus/kos: Anda hanya perlu mempromosikan diri di Facebook SKUAD-CAKNA KOMUNITI PETAKOM dan di blog PETAKOM sahaja.
5) Terdapat 5 kerusi umum; di mana 1 daripada 5 kerusi tersebut diperuntukkan untuk warga PETAKOM yang bukan Bumiputera.
Sila rujuk memo terbaru bagi tujuan pendaftaran.
Tarikh tutup pendaftaran adalah sebelum 24 Januari 2011.
Sekian, terima kasih.
0 tester:
Post a Comment