Saya tidak ingin menulis panjang kerana tempat ini adalah satu tempat untuk mempromosi calon-calon baru dan saya mulakan dengan calon-calon yang telah menghantar "resume" mereka dia email saya...
Calon 1
Nama: Pang Wen Huei
Tarikh lahir: 15 July 1990
Negeri asal: Cheras, Selangor.
Pelajaran: Sekolah Rendah di SK Taman Connaught, Cheras.
Sekolah Menengah di SMK St. John, K.L.
Kini belajar di UMP.
Pengalaman lalu: Pernah menjawat sebagai bendahari Kelab Kendo semasa di
sekolah menengah.
Diri saya: Seorang yang pendiam, namun berdisiplin dan sanggup memberikan
komitmen 100% dalam satu tugasan.
Sebab menyertai: Ingin menunjukkan potensi saya sebagai seorang pemimpin
dan berbakti kepada PETAKOM.
Sekian terima kasih!
Calon 2
Salam hormat salam 1 malaysia dan salam revolusi ke arah lebih baik
saya tujukan kepada rakan-rakan yang dihormati. pertamanya izinkan
saya memperkenalkan diri saya. Nama diberi dan ditakdirkan ILLAHI
ialah Nor Hafiz Kamal Baharin. Saya mengambil degree dalam teknologi
grafik dan multimedia dan kini berada di tahun 2 sem ke-4.
Dikesempatan ini, izinkan saya menerangkan bahawa saya adalah salah
seorang pelajar yang telah mengambil bahagian untuk bertanding dalam
menjawat jawatan bagi calon bagi PETAKOM untuk fakulti FSKKP.
Tujuan saya menyertai pertandingan ini adalah tidak lain dan tidak
bukan untuk cuba membuka peluang serta mewujudkan lebaran anjakan
paradigma baru bagi merialisasikan kehendak dan keinginan negara dalam
mencapai negara berminda kelas pertama yakni dengan memulakan langkah
pertama di persekitaran sendiri iaitu di UMP atau lebih khusus
dikalangan rakan-rakan saya dari FSKKP.
Selain itu, saya juga berniat untuk membawa satu perubahan atau
anjakan dimana kita mengukur kejayaan bukan berasaskan pointer dan
gred yang dicapai semata-mata tetapi turut melibatkan kemahiran yang
tinggi dalam asas-asas teknikal bersepadan dengan keteguhan dan
kekuatan mentaliti serta hati nurani yang teguh pada kepercayaan
agama.
Disamping itu, saya juga ingin berkongsi dengan rakan-rakan
seperjuangan konsep-konsep positif dan motivasi kerana bagi saya,
identiti yang tegap berdiri adalah permulaan kepada evolusi yang lebih
baik dan membawa kepada masa depan yang lebih baik dan tidak akan
kelam walaupon dilanda badai. Bagi saya, ini lah perkara yang paling
bernilai yang saya harap setiap insan mengerti dan menerimanya sepenuh
dan seikhlas hati.
Turut dinyatakan, saya tidak mempunyai masalah sekiranya rakan-rakan
memerlukan bantuan saya dan saya lebih gemar mendengar keluhan mahupun
bicara rakan-rakan sekiranya mereka mengalami kesulitan kerana bagi
saya rakan-rakan adalah lebih utama. Saya juga tidak keberatan untuk
mendengar mahupun berkongsi kisah-kisah dan pengalaman yang telah saya
lalui dan selami sepanjang hidup saya dalam membantu rakan-rakan.
Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, saya memohon maaf sekiranya
tersalah mahupun tersilap bicara dan mengharapkan rakan-rakan memberi
kerjasama pada saya di masa akan datang. Undilah saya jika anda yakin
dengan kekuatan dan kelemahan yang saya sampaikan melalui identiti
saya dan sekiranya saya tidak bersesuaian, undilah rakan-rakan saya
yang lain yang turut bertanding dengan seikhlas hati dan bukan kerana
pengaruh atau mendengar kata-kata kawan anda kerana masa depan anda
dipegang oleh anda sendiri.
Sekian, terima kasih dan SALAM HORMAT
Calon 3
Student ID: Cb10010
Name: Tan Kean Boon
Course: BCS(1st year ,2nd sem)
Email: kb-tan@hotmail.com
Department: fskkp
KHUSUS(Exco kebajikan dan kerohanian)
Sebab-sebab bertanding :
Sebab-sebab bertanding :
1. mendapatkan pengalaman yang lebih banyak.
2. mencuba sesuatu yang baru.
Cadangan aktiviti :
1. mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat dan kilang komputer kerana saya percaya banyak pelajar fskkp tidak pernah mengalami pengalaman ini.
2. mengadakan "one day class" untuk mengajar "hacking" dan mengadakan pertandingan selepas tu.
1. mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat dan kilang komputer kerana saya percaya banyak pelajar fskkp tidak pernah mengalami pengalaman ini.
2. mengadakan "one day class" untuk mengajar "hacking" dan mengadakan pertandingan selepas tu.
3. mengadakan karnival bulanan untuk menjual makanan supaya para pelajar dapat makan makanan yang baru dan petakom juga dapat menguntung wang.
Itu saja untuk kali ini..saya akan update dengan calon-calon lain.Kepada calon-calon yang belum hantar lagi pengenalan diri anda 2..diharap buat dengan pantas yer...
Assalamualaikum w.b.t
0 tester:
Post a Comment