Pages

Subscribe:
Salam...kepada semua warga PETAKOM sekalian....pada 6 April 2008..telah berlansungnya
majlis makan malam yang diberi nama GlittNite.com...."GlittNite.com" nama macam best jek kan...memang sesuai la dengan tema malam tu iaitu Moden & Glitt....majlis tersebut adalah untuk meraikan para pelajar tahun akhir dan penyampaian Anugerah Dekan bagi pelajar-pelajar yang cemerlang pada semester lepas....tak lupa gak motif utama bagi sesuatu majlis makan malam...iaitu "Makan"...takkan pegi dinner taknak makan kot....makanan yang disajikan boleh tahan sedap...ada lauk ayam, sotong, ikan, telur, sayur.....nak tambah nasi pon boleh...berpatutan la dengan bayaran dinner tersebut iaitu RM30 sahaja....kenyang...



majlis mule lebih kurang pukul 8.30 malam dan tamat pukul 10 lebih kot...siap ada sesi amek2 gambar lagi sampai pukul 11.30 malam......antara persembahan pada malam tu ialah persembahan band dari student tahun 2 dan 3....nyanyian duet oleh student tahun 1....ada juga cabutan bertuah bagi orang2 yang bertuah....tak lupa juga anugerah gelaran Prince & Princess of GlittNite.com..sape la yang dapat tu...kembang seminggu,,hahax...k tu sahaje....semoga program2 yang akan datang akan lebih meriah daripada majlis ini.....oleh itu support our PETAKOM....ok..bye

FSKKP Intrafac 2008 by PETAKOM

Salam, hari sukan telah berjaya dijalankan walaupun terdapat banyak kekurangan y mungkin tak dapat dielakkn oleh penganjur.....huhuhu...Persaingan sihat antara pemain-pemain bola sepak.....walaupun cuaca panas terik tapi pemain2 begitu bersemangat bermain...
antara perlawanan yg diadakan....majoriti warga FSKKP dan PETAKOM terlibat dengan acara2 yg diadakn....
dapat dilihat semangat berpasukan antara batch semasa hari tersebut......x lupe gak ikatan silaturahim antara batch semakin kuat.....

keputusan perlawanan FSKKP Intrafac 2008:

Bola Sepak

Johan 3BCS

Naib Johan 2BCS

Tempat ke-3 3DCS


Bola Jaring

Johan 2BCS

Naib Johan 3DCS
Tempat ke-3 3BCS


Bola Tampar Lelaki

Johan 3BCS

Naib Johan 3DCS
Tempat ke-3 2BCS

Bola Tampar Perempuan

Johan 3BCS

Naib Johan 2DCS

Tempat ke-3 3DCS


Tahniah kepada pasukan yang menang.... penyampain medal akan disampaikan pada malam Dinner Glittenite.com...so jangan lupe datang dinner....

sekian saje....segala kesulitan semasa program intrafac harap dimaafkan...semoga progam2 yang akan datang akan berjalan dengan lebih berjaya...

Tentatif FSKKP INTRAFAC 2008

Sabtu (29 Mac 2008)

8.00 a.m – 8.30 a.m – Peserta berkumpul di padang dan memanaskan
Badan.
8.30 a.m – 9.00 a.m – Peserta mengambil tempat di padang dan
membuat persediaan.
9.00 a.m – 12.00 p.m – Perlawanan bola sepak dan bola jaring peringkat
kumpulan.
12.00 p.m – 2.30 p.m – Solat zohor dan rehat.
2.30 p.m – 3.00 p.m – Peserta bola tampar mengambil tempat.
3.00 p.m – 7.00 p.m – Perlawanan bola tampar kalah mati peringkat
kumpulan dan semi-final (lelaki dan perempuan).



Ahad (30 Mac 2008)

8.30 a.m – 9.30 a.m – Semi-final bola sepak dan bola jaring.
9.30 a.m – 10.00 a.m – Rehat
10.00 a.m – 10.30 a.m – Bola tampar Final (lelaki dan perempuan)
10.30 a.m – 11.00 a.m – Rehat
11.00 a.m – 11.30 a.m – Bola sepak final
11.30 a.m – 12.00 p.m – Bola jaring
12.00 p.m – 1.00 p.m – Ucapan Dekan FSKKP dan penyampaian hadiah


JOm datang ramai2...meriahkan FSKKP INTRAFAC 2008...yang x sertai sukan sokonglah rakan2 anda yek.....mane taw kalau sokong lebih....semangat pon lebih....

Perarakan Sempena Maulidur Rasul UMP 1429H

Perarakan sambutan Maulidur Rasul UMP disambut dgn meriah sekali pada pagi tersebut.....kesemua fakulti menghantar wakil dalam perarakan tersebut...setiap fakulti juga digalakkan menyediakan sepanduk masing2 untuk menyertai pertandingan perarakan dan sepanduk terbaik.... Ada sepanduk yang ditempah dan ada juga yang dibuat sendiri....PETAKOM buat sendiri jek...(lebih berkat)...huihui
Ramai jugak yang nak bergambar dengan sepanduk nie.. lawa kot..sepanduk PETAKOM berjaya mendapat tempat keempat dalam pertandigan sepanduk terbaik yang diadakan....ade gak hadiah..dapat hamper ...alhamdulillah
disebalik tabir penghasilan sepanduk Petakom....budak komputer pon berseni gak....ye....serba boleh...

itu jek....k....salam










Sukan Intrafakulti PETAKOM

29 hingga 30 Mac ini akan diadakan hari sukan intrafakulti yang melibatkan semua ahli petakom & warga fskkp.....jom la meriahkan hari sukan yang akan diadakan dengan join sukan2 yang dipertandingkan....wokeh.....join jangan x join....

pasal jersi korang...sila tanya ketua section tentang tu...harga sepasang jersi adalah RM40.00..
jersi tu cantik gak la...ade name sendri...ade logo petakom...perghh..memang berbaloi la korang beli dengan harga tu...

antara sukan2 yg diadakan pd hari tersebut adalah:

-bola tampar (lelaki&perempuan)
-bola sepak (lelaki shj)
-bola jaring (perempuan shj..err..ade laki nk join ke?)
-bola tampar (lelaki&perempuan)

haa...ade jualan-jualan makanan dan minuman pd tarikh yg bersejarah tu...jgn lupe bwk duit...

marilah kita same2 mengimarahkan aktiviti sukan FSKKP yang telah menjadi tradisi FSKKP kite... =)

Sekian sahaja daripada penulis...majulah PETAKOM dan FSKKP utk pelajar kita....

Peneraju Tamadun Komuniti

Assalammualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera....selamat datang ke blog PETAKOM...melalui blog nie korang akan dapat mengetahui perkembangan semasa aktiviti Persatuan Teknologi Komputer Universiti Malaysia Pahang (UMP) iaitu persatuan fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian UMP. Mungkin kehadiran blog nie telah terlewat...diharap semua ahli-ahli PETAKOM dapat informasi terkini PETAKOM melalui blog ini...Wasalam..