Pages

Subscribe:

Keputusan Kejohan SukFac 2010


Minggu Pertama : 25-26 September 2010
Bola Jaring
Badminton (L)
Badminton (W) -- Gangsa
Tenpin Boling Individu (L/P)
Tenpin Boling Berpasukan (L)
Tenpin Boling Berpasukan (W) -- Gangsa
BS9-Bola Sepak 9’s

Minggu Kedua: 2-3 Oktober 2010
BTL-Bola Tampar (L) -- Ke-4
BTW-Bola Tampar (W) -- Ke-4
BBL-Bola Baling (L) -- Gangsa
BBW-Bola Baling (W) --Gangsa

Minggu Ketiga: 16-17 Oktober 2010
Sepak Takraw (L)  *TD
Catur (L) -- Emas
Catur (W) *TD 
Ping Pong (L) -- Gangsa

Jumlah Pingat: 1 Emas & 5 Gangsa

Keputusan Keseluruhan
JOHAN - Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)
NAIB JOHAN - Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE)
KE-3 - Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA)
KE-4 - Fakulti Sains Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP)

KE-5 - Fakulti Kejuruteraan Pembuatan & Pengurusan Teknologi (FKPPT)
KE-6  - Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA)
KE-7  - Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI)

Sukan Antara Fakulti 2010

Pusat Sukan akan menganjurkan Sukan Antara Fakulti 2010 dikenali sebagai SukFAC 2010 akan diadakan pada sepanjang bulan Oktober ini. Berikut adalah tarikh bagi acara yang bakal dipertandingkan pada setiap Sabtu & Ahad sepanjang bulan tersebut:

2-3 Oktober 2010
Bola Jaring, Tenpin Boling, Hoki & Badminton

6-17 Oktober 2010
Bola Sepak, Bola Tampar & Bola Baling

23-24 Oktober 2010
Sepak Takraw, Catur & Ping Pong

Kepada semua pengurus pasukan bagi setiap acara, Majlis Undian Rasmi dan mesyuarat pengurus pasukan akan diadakan mengikut tarikh dan ketetapan yang akan diberitahu kelak. Sila ambil perhatian, senarai nama pemain bagi setiap acara akan dihantar melalui memo masing-masing. Sebarang masalah/pertanyaan boleh terus hubungi pihak EXCO Sukan & Kebudayaan.

Setiap pasukan yang memenangi acara yang dipertandingkan akan membantu fakulti dalam menentukan Juara Keseluruhan. Sistem mata akan digunakan mengikut jumlah pingat dan jenis pingat yang dimenangi. Bersamalah kita memeriahkan lagi Karnival ini dengan mengharumkan nama Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian.

Pasukan bola jaring bagi Karnival Sukan MPM yang lalu

Semua di jemput hadir untuk memberi sokongan pada pasukan fakulti kita mengikut tempat dan waktu yang telah ditetapkan. Harap Maklum.

Pencarian Atlet Bagi SuKFAC 2010


Group: SKUAD-CAKNA KOMUNITI PETAKOM

Satu kejohanan sukan yang dinamakan Karnival Sukan antara Fakulti 2010 (SuKFAC 2010) anjuran Pusat Sukan dan Majlis Sukan Pelajar akan diadakan dalam masa terdekat. Pihak Exco mencari para pelajar dapat mewakili fakulti FSKKP dalam acara-acara sukan yang disediakan, antaranya:

Bilangan

Acara

Format

Bil Atlet (lelaki)

Bil Atlet (perempuan)

1

Bola Baling

Berpasukan

12

12

2

Bola tampar

Berpasukan

12

12

3

Sepak takraw

Berpasukan

12

-

4

Bola Sepak

Berpasukan

15

-

5

Ping pong

Berpasukan

9

7

6

Catur

Berpasukan

6

6

7

Tenpin boling

Individu/Berpasukan

3

3

8

Badminton

Berpasukan

10

10

9

Bola Jaring

Berpasukan

-

12

10

Hoki

Berpasukan

9

9


Bilangan pengurus pasukan: 1 pengurus bagi setiap acara

Tarikh pertandingan: 2-31 Oktober 2010

**tarikh bagi setiap acara sukan adalah berbeza-beza

Tempat Pertandingan:

1. Kompleks Sukan UMP

2. Stadium Hoki Sukpa

3. Berjaya Megamall

Sila balas memo ini sebelum 27 SEPTEMBER 2010 jam 9.00 malam.

Fakulti-Fakulti yang terlibat :

1. Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

2. Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber alam

3. Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli

4. Fakulti Pengurusan Teknologi

5. Fakulti Sains & Teknologi Industri

6. Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian

7. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

8. Fakulti Kejuruteraan Pembuatan

9. PEKA (Pasukan Jemputan)

Sistem/Undang-undang Permainan akan diberitahu kemudian. Oleh itu bagi para pelajar yang berminat boleh membalas memo dengan memberikan butiran diri seperti berikut:

NAMA :

MATRIK NO :

I/C:

NO TELEFON:

SUKAN:

Ingin menjadi PESERTA atau PENGURUS ? Sila balas memo ini sebelum 27 SEPTEMBER 2010 jam 9.00 malam.

Sebarang masalah atau soalan boleh kemukakan kepada Exco Sukan & Kebudayaan:

1. Alqaf: 017-2135706 oovoo: kancil_legacy

2. Teja: 013-2463918 ym: ain_panichkul

Sokongan dan kerjasama dari mahasiswa/i FSKKP adalah amat kami harapkan.Bersamalah kita mengharumkan nama fakulti. Sekian terima kasih.

Jamuan Hari Raya 2010

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...


 


Tarikh : 22 Sept 2010


Masa : 10.30 pg - 2.00 ptg


Tempat: ASTAKA


Pakaian : BAJU RAYA



1).  Sedia maklum telah diberi tugas kepada wakil2 kelas untuk mengutip wang sebanyak RM5.00. Rm5.00 tersebut merupakan yuran penyertaan Jamuan Hari Raya yang bertarikh seperti diatas. Pernyertaan bg semua mahasiswa/I adalah diwajibkan.


2). Untuk pengetahuan anda semua Jamuan Hari Raya ini adalah julang2 kali diadakan. Adalah amat berbaloi Rm5.00 tersebut dgn makanan yg akan disediakan pd hari jamuan tersebut.


makanan yg akan disediakan oleh staff







1.


Office + technician


  • Mee / bihun


2.


SE


  • Sate

  • aiskrim


3.


CS


  • Bubur lambuk

  • Nasi impit

  • Kuah kacang

  • Lontong


4.


SN / Grafix


  • Nasi lemak

  • sambal ikan bilis

  • rendang daging

  • keropok lekor


 


makanan yg akan disediakan oleh students ..



TAHUN 1


MAKANAN YG PERLU DISEDIAKAN


BCN


Buah


BCG


Kekacang


DCS


Minuman sejuk


BCS


KEREPEK


TAHUN 2





BCN


Minuman sejuk


BCG


Kerepek


DCS


Buah


BCS


Agar-agar


TAHUN 3





BCN


Minuman sejuk


BCS


Koktel


DCS


Minuman panas


 


3). Serba sedikit mengenai Jamuan Hari Raya


- pertandingan booth bg setiap batch -


- hadiah untuk pakaian raya menarik bg wakil perempuan dan lelaki


- cabutan bertuah,( berupa duit raya)


 


p/s: Wakil booth boleh menghias booth dengan konsep hari raya bermula pada jam 8 pagi.


p/ss: setiap kelas juga bolehlah menghantar wakil untuk menyertai pertandingan karaoke yang akan diadakan. Jangan Malu Jangan Segan ya..


p/sss: Pelajar yang mendapat Anugerah Dekan dikehendaki mendaftar dahulu di meja pendaftaran semasa memasuki astaka.


 


 


Sekian dahulu.


Terima Kasih.

Program Green Campus


Program Green Campus adalah satu program cintai alam sekitar yang bertujuan untuk memupuk semangat cintai alam sekitar dan memberi kesedaran kepada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) khusunya tentang kepentingan mencintai alam sekitar dalam dunia serba moden ini. Program ini selaras dengan seruan kerajaan dan dunia umumnya untuk memulihara kehidupan hutan dan mengurangkan kesan rumah hijau di muka bumi. Program ini juga telah pun berlangsung di seluruh negara di mana setiap negeri mempunyai satu hari khusus tanpa penggunaan plastik dan polisterina dalam urusan jual beli. Selaras dengan itu, Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengambil inisiatif untuk mempraktikkan metodologi ini ke dalam kampus. Setelah beberapa tahun dilancarkan, program ini telah mencapai objektifnya di mana di setiap kafeteria pada hari-hari tertentu, mahasiswa yang hendak membeli makanan perlu membawa bekas makanan sendiri. USM juga membawa masuk penggunaan polisterina terbiodegradasi namun dengan kadar bayaran ke atasnya pada setiap pembelian.

Cintai alam sekitar dalam dunia serba moden

Oleh yang demikian, di peringkat Universiti Malaysia Pahang dan yang pertama di kawasan Pantai Timur, gabungan 7 persatuan fakulti UMP akan menganjurkan program Green Campus yang dijangka berlangsung dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang, Prof. Dato' Dr. Daing Nasir bin Ibrahim pada awal Januari tahun hadapan. Namun pelaksanaan berperingkat Green Campus ini akan bermula seawal bulan Oktober tahun ini bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa. Pelaksanaan program ini berlaku di dalam kampus UMP sahaja iaitu meliputi kampus Gambang dan kampus Pekan. Program ini dirancang akan berlangsung selama 3 hari dengan pelbagai aktiviti padat seperti pertandingan, persembahan, pameran dan sebagainya.



Diharapkan pemberitahuan awal ini dapat mempersiapkan diri mahasiswa PETAKOM khususnya untuk sama-sama kita menjayakan program Green Campus yang bakal berlangsung selaras dengan seruan kerajaan Malaysia dalam pemuliharaan alam sekitar.


Intrafakulti 2010

Facebook: SKUAD-CAKNA KOMUNITI PETAKOM

Assalamualaikum wbt & Salam 1 Malaysia,

Dukacita dimaklumkan karnival sukan INTRAFAKULTI yang bakal diadakan pada minggu ini (7-8 Ogos 2010) terpaksa DITANGGUHKAN memandangkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, terutamanya permasalahan pertindihan jadual dengan program Softskill bagi pelajar Tahun 3 pada tarikh tersebut. Dirancang, kemungkinan besar program akan diadakan pada 9-10 Oktober 2010. Pihak EXCO memohon maaf sekiranya menimbukan kesulitan kepada pihak yang terbabit secara langsung ataupun tidak.

Walau bagaimanapun penyertaan pertandingan masih lagi dibuka. Antara yang SUKAN dipertandingkan pada karnival itu nanti, ialah:
  • FUTSAL (L) - 10 orang/pasukan
  • BOLA JARING (P) - 12 orang/pasukan
  • BOLA TAMPAR (L/P) - 10 orang/pasukan
  • BADMINTON BEREGU (L/P) - 4 orang/pasukan
Syarat-syarat penyertaan:
  1. Terbuka kepada semua warga FSKKP sahaja.
  2. Setiap batch (BCS/BCN/BCG/DCS) hanya dibenarkan menghantar hanya DUA pasukan bagi setiap sukan yang dipertandingkan. Pecampuran pemain berlainan batch TIDAK DIBENARKAN sama sekali!
  3. Setiap acara akan dijalankan secara liga.
Hadiah menarik menanti para pemenang. Setiap penyertaan akan diberikan sijil penyertaan dimana secara tidak langsung ia membantu anda memperoleh merit untuk tahun seterusnya. Bakat anda bukan hanya didepan komputer sahaja. Daftarkan segera pasukan anda kepada kami.

"HEBAT DIJARI, HEBAT DIPADANG"
-EXCO Sukan & Kebudayaan-

Sehari Junior Bersama Petakom 2010~~

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

25 Julai 2010 yang telah pun menghampiri 2 minggu berlalu, berlakunya satu program yang melibatkan pelajar-pelajar baru FSKKP UMP beramah mesra bersama pelajar-pelajar senior FSKKP dan barisan ahli PETAKOM. Seramai hampir 200 pelajar tahun 1 yang menghadiri program yang berkonsep santai dan mesra. Berikut merupakan antara gambar-gambar yang sempat diambil :



Button petakom~~

1st Session : Talk from Siva




Yeay~~ Free Windows 7




Tersusun Cantik!!!

Penjaga masa ~~~

Mereka sangat berbakat dalam melukis~~

LDK di dalam DKU

LDK di luar DKU

Presentation ; 1st years - mereka memang amat sporting~

Semua fasilitator yang terlibat~



Promotion of Education Clinic



Educational Clinic ini merupakan satu program berbentuk ilmiah dimana program ini serba sedikit dapat membantu para pelajar bagi meningkatkan penguasaan dalam subjek kritikal seperti Programming Techniques dan Object Oriented Programming (OOP) kerana subjek ini merupakan subjek asas yang perlu dikuasai oleh pelajar FSKKP sebelum meneruskan pembelajaran yang lebih tinggi dan terdedah kepada dunia kerjaya yang lebih mencabar apabila tamat belajar kelak. Selain dari itu, program ini juga dapat membantu meningkatkan prestasi serta keputusan pelajar-pelajar FSKKP sekali gus dapat meningkatkan imej pelajar FSKKP di mata warga Universiti Malaysia Pahang.
Antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk membantu pelajar-pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 khususnya yang agak lemah dalam subjek-subjek kritikal ini. Selain itu juga, program ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan pelajar FSSKP dengan membantu memberi ruang atau medium sebagai menyelesaikan kekeliruan dalam subjek-subjek ini.
Antara kelas yang disediakan oleh Program Educational Clinic pada semester ini ialah bagi subjek Foundation of Mathematics (DCS) dan juga Programming Techniques (BCS). Mengikut statistik keputusan keseluruhan pelajar, dua subjek ini memberikan keputusan yang kurang memberangsangkan. Dengan ini, diharap Program Educational Clinic ini sedikit sebanyak akan membantu para pelajar meningkatkan kemahiran mereka di dalam dua subjek penting ini.
Program ini akan dijalankan pada setiap hari selasa dan khamis dan akan berlangsung selama empat minggu. Educational Clinic terbuka kepada seluruh pelajar FSKKP yang berminat. Setiap subjek hanya terbuka kepada 30 peserta. Penyertaan para pelajar adalah amat digalakkan. Sesiapa yang berminat, sila alert dengan memo untuk pendaftaran.
 ~~Rosfarahin Roslan,AJK Pelaksana Education Clinic~~

PETAKOM Bersama ACM dan SysNet

Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia.

Sebagaimana yang kita semua ketahui, PETAKOM merupakan persatuan yang menyatukan semua mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Tahukah anda? Di UMP sebenarnya terdapat dua lagi persatuan yang melibatkan perkomputeran, iaitu SysNet Community yang mewakili mahasiswa dan mahasiswi jurusan Sistem Komputer dan Rangkaian, dan UMP ACM Student Chapters (Association for Computing Machinery Student Chapters) yang merupakan pertubuhan perkomputeran saintifik dan pendidikan terbesar dunia.

Walaupun ketiga-tiga persatuan ini berbeza, namun PETAKOM, SysNet Community dan UMP ACM Student Chapters bernaung di bawah satu fakulti yang sama dan menjalinkan kerjasama antara satu sama lain dalam usaha membawa nama FSKKP di mata Universiti Malaysia Pahang, negara Malaysia, dan seterusnya dunia.

Bacaan Surah Al-Fatihah sebelum meneruskan mesyuarat.

Pengerusi PETAKOM memberikan penerangan.

Perbincangan antara Pengerusi PETAKOM, Pengerusi UMP ACM Student Chapters, dan Pengerusi SysNet Community.

3 wakil Majlis Tertinggi UMP ACM Student Chapters besama Pengerusi PETAKOM.

2 wakil Majlis Tertinggi SysNet Community.




Setiausaha 2 PETAKOM, Samsuri sedang mencatat minit mesyuarat.



Antara barisan kerjasama PETAKOM, UMP ACM Student Chapters, dan SysNet Community.

Meeting Pertama Sesi 2010/2011

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Bersempena dengan bermulanya semester baru bagi sesi 2010/2011, PETAKOM telah mengadakan 1 mesyuarat yang pertama untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang sem ini. Apapun, segala detail di dalam meeting ini tidak dapat didedahkan memandangkan iainya Private and Confidential. HHeeee... Layan sajalah gambar di bawah....



Pengerusi Petakom; SYAFIQ memulakan mesyuarat.


Majlis Tertinggi sibuk menguruskan perkara -perkara yang dibincangkan.


Wah!! Peminat Spain telah datang..


Setiausaha 2; SAMSURI khusyuk mendengar.



Kesemua Ahli Petakom yang hadir.


Exco Sukan membincangkan aktiviti yang akan mereka lakukan.




Itu sahaja untuk post kali ini. Post seterusnya akan berkaitan dengan German's Day..


Bye~~

Updated**Kenali Mereka~~

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..




Berikut merupakan senarai ahli Barisan Majlis Tertinggi Petakom 2010. Nama-nama mereka bolehlah dirujuk kepada maklumat di bahagian kiri blog ini.



Peringatan kepada ahli Majlis Tertinggi Petakom, terdapat satu meeting yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 12 Julai 2010(Isnin)
Masa  : 9.00 p.m
Tempat : MPP Meeting Room


Sekian. Terima Kasih.

Surat Pemberitahuan : Larangan Berada dalam Kawasan kampus UMP bagi Semua Pelajar Kanan Sepanjang Minggu Induksi Siswa 2010

Perhatian!!!

Surat di bawah ini ialah pemberitahuan daripada pihak JHEPA UMP.
Ini hanya forwarded message sahaja.

Sekian.




UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SURAT PEMBERITAHUAN PIHAK BERKUASA TATATERTIB PELAJAR BILANGAN 01/2009

LARANGAN BERADA DALAM KAWASAN
KAMPUS UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BAGI SEMUA PELAJAR KANAN SEPANJANG MINGGU INDUKSI SISWA 2010

1.             Pada menjalankan kuasa di bawah Seksyen 16B(1), Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], saya bagi pihak Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) atas sifatnya sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMP mengarahkan SEMUA PELAJAR KANANkecuali yang pelajar-pelajar yang dinyatakan dalam Perenggan 3 (a) hingga (e) Surat Pemberitahuan ini untuk MENGOSONGKAN KAWASAN KAMPUS UMP SEPANJANG TEMPOH PELAKSANAAN MINGGU INDUKSI SISWA (MINDS) 2010 MULAI HARI  SABTU, 3 JULAI 2010 HINGGA HARI SABTU, 10 JULAI  2010.

2.             Pelajar-pelajar boleh kembali semula ke Kampus UMP untuk memulakan pengajian bagi Semester 1, Sesi Akademik 2010/2011 mulai hari  Sabtu, 10 Julai 2010.

3.             Tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Surat Pemberitahuan ini, hanya pelajar-pelajar berikut diberi pengecualian khas dan dibenarkan berada dalam Kampus UMP semasa MINDS 2010:-
a) Pelajar-pelajar yang dilantik sebagai Fasilitator MINDS 2010;
b) Pelajar-pelajar  yang menjalankan tugas di bawah Skim Pelajar Bekerja;
c) Pelajar-pelajar yang berdaftar sebagai pengendali gerai jualan sempena Karnival MINDS 2010
d) Pelajar-pelajar yang terlibat di dalam aktiviti pelajar yang mendapat kelulusan daripada Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
(e) Mana-mana pelajar yang mendapat kebenaran daripada Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa.

4.             Pelajar-pelajar yang disebut dalam Perenggan 3 (b), (c) (d) dan (e) di atas DIWAJIBKAN mendaftarkan diri dan mengambil PAS KHAS PELAJAR di  Unit Kebajikan Dan Disiplin, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni mulai hari  Jumaat, 2 Julai 2010, jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Mana-mana pelajar yang disebut dalam Perenggan 3 (b), (c) (d) dan (e) yang tidak mendaftarkan diri dan mengambil Pas Khas Pelajar pada tarikh yang dinyatakan di atas tidak boleh berada dalam Kampus UMP sepanjang tempoh pelaksanaan MINDS 2010.

5.             Pas Khas Pelajar/Tag Pengenalan Fasilitator MINDS 2010 tersebut hendaklah dipamerkan pada setiap masa bersama-sama Kad Matrik dan mana-mana pegawai atau kakitangan UMP berhak membuat pemeriksaan ke atas pelajar-pelajar ini pada bila-bila masa.

6.             Mana-mana pelajar yang didapati menyalahgunakan Pas Khas Pelajar atau Tag Pengenalan Fasilitator atau melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan akan DIKELUARKAN SERTA-MERTA DARI KAMPUS UMP dan dikenakan tindakan di bawah Kaedah 49, Kaedah-kaedah Universiti Malaysia Pahang (Tatatertib Pelajar-pelajar) 2010.

7.             Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar, UMP adalah bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Surat Pemberitahuan ini, memastikan pelajar-pelajar yang disebut dalam Perenggan 3 (a) hingga (e) mempamerkan Pas Khas Pelajar/Tag Pengenalan Fasilitator dan Kad Matrik ketika berada dalam Kampus UMP memeriksa setiap kenderaan yang keluar dan masuk ke dalam kawasan Kampus UMP sepanjang pelaksanaan MINDS 2010 bagi memastikan tiada pelajar UMP lain atau orang luar yang tidak berkenaan memasuki atau berada dalam kawasan Kampus UMP semasa MINDS 2010.

8.             Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar, UMP dengan ini diberi kuasa untuk mengarahkan mana-mana pelajar kanan UMP atau orang luar yang tidak berkenaan untuk meninggalkan kawasan Kampus UMP dengan serta-merta sekiranya mereka didapati berada dalam kawasan Kampus UMP semasa tempoh pelaksanaan MINDS 2010. 

9.             Semua pegawai dan kakitangan UMP juga dengan ini diberi kuasa untuk mengarahkan pelajar-pelajar UMP yang tersebut dalam Perenggan 3 (a) hingga (e) untuk mempamerkan Pas Khas Pelajar/Tag Pengenalan Fasilitator dan Kad Matrik serta melaporkan dengan serta-merta kepada Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar, UMP sekiranya terdapat keingkaran atau kehadiran pelajar kanan UMP atau orang luar yang tidak berkenaan semasa MINDS 2009 untuk tindakan lanjut. 

10.           Mana-mana pelajar kanan UMP yang didapati mengingkari Surat Pemberitahuan ini akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah Kaedah-kaedah Universiti Malaysia Pahang (Tatatertib Pelajar-pelajar) 2010 dan boleh dikenakan hukuman maksimum iaitu dipecat dari UMP sekiranya disabitkan kesalahan oleh Tribunal Tatatertib Pelajar UMP.



Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,
                      
(PROF. DR. YUSERRIE BIN ZAINUDDIN.)
Dekan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Malaysia Pahang

Dibuat pada 1 Julai 2010
[UMP.06.01./24.10/1 (    )]

Edaran kepada:-
                -               Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
                -               Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
                -               Pendaftar
                -               Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
                -               Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar
                -               Semua pelajar





---------------------------------------------------------------------------------


p/s : Kita dapat Dekan JHEPA yang bernama seperti di atas.





Bye.

WELCOME to the NEW UMP STUDENTS~~




Salam 1 Malaysia...

Bersempena dengan Hari Pendaftaran Pelajar Baru pada hari ini, kami di warga PETAKOM mengucapkan 'SELAMAT DATANG' kepada semua pelajar yang mendaftarkan diri di Universiti Malaysia Pahang. Semoga anda semua menghadapi Minggu Induksi Siswa (MiNDS ) dengan jayanya. 


Kepada, pelajar yang mendaftarkan diri sebagai pelajar Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian (FSKKP), kami ucapkan selamat maju jaya dan marilah kita mengharumkan nama fakulti dan UMP bersama-sama. 



p/s : Kepada pelajar-pelajar Senior, selamat kembali untuk menyambung pembelajaran pada 12 Julai ini.



Sekian...

Tarikh - Tarikh Penting

Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang..

berikut merupakan tarikh-tarikh penting untuk pengetahuan kepada semua mahasiswa dan mahasiwi UMP.

Tarikh      : 3 Julai 2010
Hari         : Sabtu
Perkara   : Pendaftaran Pelajar Baru sesi 2010/2011


Tarikh      : 12 Julai 2010
Hari         : Isnin
Perkara   : Sesi P & P Semester 1 2010/2011 bermula


Kepada pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di UMP, Selamat Datang diucapkan.


Kepada pelajar-pelajar lama senior, Selamat Kembali juga diucapakan.


Semoga baki cuti selama hampir 2 minggu ini dimanfaatkan..


Sekian, terima kasih.

Iklan Fail!

**hanya untuk gurauan semata, tiada kaitan dengan yang kita-kita di PETAKOM =)

FAIL! Pelancaran Microsoft tapi guna laptop Apple..ape kes?!

Majlis Penutup InterFact 2010


Assalamualaikum wbt & Salam Sihat,

Maaf diatas kelewatan meng-upload wajah pmain-pemain kita sepanjang Majlis Sukan MPM 2010 yang baru-baru ini (barukah?! hehe..). PANAS, mmg panas! Banyak yang meletup disebalik program ini, namun program yang dianjurkan tetap best dan sangat enjoy. Walaupun tiada satu pun team kita meraih kemenangan, semangat & kegigihan yang dipemerkan amat membanggakan. Saporters pon tidak kurang hebatnya, menang sorak pon jadilah~ TAHNIAH BUAT KALIAN!


situasi semasa majlis penutup

siap bunga manggar segala hoho..

sepanduk FSKKP, erkk.. sijil panas tuu...

Chiki-chiki Boom-boom!

Maaf sekali lagi tak banyak gambar yang kita perolehi kerana sumber dipercayai menghaibkan dirinya. Apa pun, semoga program-program yang mendatang team kita akan lebih mendapat tempat sekaligus menaikkan nama fakulti. Majulah sukan untuk fakulti!

"Hebat dijari, Hebat dipadang"

-EXCO SUKAN & KEBUDAYAAN-