Pages

Subscribe:

Tatacara Pemakaian Semasa Majlis Makan Malam Tahunan

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Seperti yang semua telah sedia maklum, dinner kali ini akan diadakan di Shahzan Inn Kuantan pada 29 Mac 2009 (Ahad), InsyaAllah. Seperti yang telah dijanjikan, di sini saya sertakan sedikit beberapa guideline atau tatacara pakaian dan contoh, bagi kebaikan semua pihak, agar tiada yang dalam kekeliruan.
Syarat-syarat pakaian bagi peserta lelaki :-
- Tidak dibenarkan memakai seluar jeans
- Pakaian hendaklah kemas, tidak selekeh
- Pakaian tidak boleh jarang sehingga menampakkan tubuh
- Pakaian mestilah menutup bahagian dada
- T-shirt kolar bulat tidak dibenarkan
- Selipar tidak dibenarkan, namun sandal yang bersesuaian dengan tema dibolehkan. Pemakaian kasut sangat digalakkan
- Pemakaian aksesori seperti skaf yang dililit di tengkuk/lengan dibenarkan



Syarat-syarat pakaian bagi peserta perempuan :-
- Pakaian (baju dan seluar) hendaklah tidak mengikut bentuk tubuh, tidak ketat (seperti pakaian yang melekat di tubuh)
- Baju/blaus hendaklah labuh dari punggung
- Pakaian tidak boleh jarang sehingga menampakkan tubuh
- Pakaian mestilah menutup bahagian dada
- Tidak dibenarkan memakai seluar jeans, slack dibenarkan
- Bagi yang memakai dress, hendaklah labuh sehingga ke buku lali
- Jika dress tidak sampai ke buku lali, hendaklah memakai slack
- Pakaian tanpa lengan/sedikit saja lengan, tidak dibenarkan sama sekali. Sekurang-kurangnya lengan pakaian mesti sampai ke siku (untuk Muslim dan non-Muslim). Bagi Muslim, hendaklah mengambil inisiatif memakai hand sock. Lengan pakaian hingga ke pergelangan tangan amat digalakkan
- Selipar tidak dibenarkan
- Pemakaian aksesori seperti reben/cekak/headband dibenarkan


Saya berharap dengan sedikit guideline ini, bukanlah bertujuan mengongkong kebebasan pelajar untuk berpakaian, tetapi untuk menjaga imej. Tidak salah mencantikkan diri/melaram, namun ada batasnya. Di bawah saya sertakan beberapa contoh pakaian (sekadar gambar hiasan, bukan tujuan supaya diikut) agar sekurang-kurangnya peserta mempunyai idea/inspirasi untuk pakaian ke majlis nanti . Semoga ia dapat membantu sedikit sebanyak.

PEREMPUAN :-






















LELAKI :-









Vest






InsyaAllah pada next entry, saya akan sertakan tentatif kerana ada yang perlu dirombak saat akhir. Saya mohon maaf atas kesulitan.

Sekian, terima kasih.