Pages

Subscribe:

Intrafakulti 2010

Facebook: SKUAD-CAKNA KOMUNITI PETAKOM

Assalamualaikum wbt & Salam 1 Malaysia,

Dukacita dimaklumkan karnival sukan INTRAFAKULTI yang bakal diadakan pada minggu ini (7-8 Ogos 2010) terpaksa DITANGGUHKAN memandangkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, terutamanya permasalahan pertindihan jadual dengan program Softskill bagi pelajar Tahun 3 pada tarikh tersebut. Dirancang, kemungkinan besar program akan diadakan pada 9-10 Oktober 2010. Pihak EXCO memohon maaf sekiranya menimbukan kesulitan kepada pihak yang terbabit secara langsung ataupun tidak.

Walau bagaimanapun penyertaan pertandingan masih lagi dibuka. Antara yang SUKAN dipertandingkan pada karnival itu nanti, ialah:
  • FUTSAL (L) - 10 orang/pasukan
  • BOLA JARING (P) - 12 orang/pasukan
  • BOLA TAMPAR (L/P) - 10 orang/pasukan
  • BADMINTON BEREGU (L/P) - 4 orang/pasukan
Syarat-syarat penyertaan:
  1. Terbuka kepada semua warga FSKKP sahaja.
  2. Setiap batch (BCS/BCN/BCG/DCS) hanya dibenarkan menghantar hanya DUA pasukan bagi setiap sukan yang dipertandingkan. Pecampuran pemain berlainan batch TIDAK DIBENARKAN sama sekali!
  3. Setiap acara akan dijalankan secara liga.
Hadiah menarik menanti para pemenang. Setiap penyertaan akan diberikan sijil penyertaan dimana secara tidak langsung ia membantu anda memperoleh merit untuk tahun seterusnya. Bakat anda bukan hanya didepan komputer sahaja. Daftarkan segera pasukan anda kepada kami.

"HEBAT DIJARI, HEBAT DIPADANG"
-EXCO Sukan & Kebudayaan-

0 tester: