Pages

Subscribe:

Sukan Antara Fakulti 2010

Pusat Sukan akan menganjurkan Sukan Antara Fakulti 2010 dikenali sebagai SukFAC 2010 akan diadakan pada sepanjang bulan Oktober ini. Berikut adalah tarikh bagi acara yang bakal dipertandingkan pada setiap Sabtu & Ahad sepanjang bulan tersebut:

2-3 Oktober 2010
Bola Jaring, Tenpin Boling, Hoki & Badminton

6-17 Oktober 2010
Bola Sepak, Bola Tampar & Bola Baling

23-24 Oktober 2010
Sepak Takraw, Catur & Ping Pong

Kepada semua pengurus pasukan bagi setiap acara, Majlis Undian Rasmi dan mesyuarat pengurus pasukan akan diadakan mengikut tarikh dan ketetapan yang akan diberitahu kelak. Sila ambil perhatian, senarai nama pemain bagi setiap acara akan dihantar melalui memo masing-masing. Sebarang masalah/pertanyaan boleh terus hubungi pihak EXCO Sukan & Kebudayaan.

Setiap pasukan yang memenangi acara yang dipertandingkan akan membantu fakulti dalam menentukan Juara Keseluruhan. Sistem mata akan digunakan mengikut jumlah pingat dan jenis pingat yang dimenangi. Bersamalah kita memeriahkan lagi Karnival ini dengan mengharumkan nama Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian.

Pasukan bola jaring bagi Karnival Sukan MPM yang lalu

Semua di jemput hadir untuk memberi sokongan pada pasukan fakulti kita mengikut tempat dan waktu yang telah ditetapkan. Harap Maklum.

0 tester: