Pages

Subscribe:
Showing posts with label maulidurrasul. Show all posts
Showing posts with label maulidurrasul. Show all posts

PERARAKAN MAULIDUR RASUL


Assalamualaikum w.b.t...


Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung pada hari Ahad ; 28 Februari 2010, Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian telah menyertai perarakan yang diadakan bermula jam 8.30 pagi - 10.30 pagi. Seramai 30 orang kontinjen FSKKP yang terdiri daripada gabungan ahli Petakom dan mahasiswa-mahasiswi FSKKP menyertai perarakan tersebut.


Persediaan untuk perarakan tersebut dimulakan dengan melukis dan mewarna sepanduk yang berlangsung pada hari Jumaat malam sehinggalah sepanduk yang mewakili FSKKP siap sepenuhnya seperti gambar yang tertera di bawah :
Muka-muka ahli Petakom yang lega pabila sepanduk berjaya disiapkan sepenuhnya.
Terima kasih kepada semua yang membantu.

Ahad : 8.00 pagi - 10.30 pagi
sebelum perarakan bermula.


sedang menunggu giliran untuk masuk ke Kompleks Sukan

Bergambar selepas perarakan tamat.



Presiden Petakom kelihatan riang menikmati makanan yang disediakan.


Diharap dengan program ini, hubungan sesama mahasiswa-mahasiswi UMP semakin rapat tanpa mengira jurang perbezaan fakulti, tahun pengajian, warna kulit, ataupun agama. 


Sekian dahulu..

Terima Kasih..

PERARAKAN MAULIDUR RASUL







Kabinet Petakom 2010/2011 telah selamat dipilih dengan sokongan oleh semua mahasiswa-mahasiswi Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP). Terima kasih diucapkan.

Program pertama yang akan disertai oleh Petakom 2010/2011 ialah perarakan Maulidur Rasul yang merupakan acara tahunan di Universiti Malaysia Pahang ini. Berikut merupakan informasi mengenai perarakan tersebut.


Tarikh : 28 Februari 2010
Hari : Ahad
Masa : 8.00 a.m - 10.30 a.m
Dress Code : Siswa - Baju Melayu dan Bersongkok
Siswi - Baju kurung dan Bertudung Putih

Berkumpul di hadapan Masjid UMP jam 7.30 a.m


Semua pelajar FSKKP dijemput hadir.


Sekian, Terima Kasih...