Pages

Subscribe:

Jom Masuk U



ASSALAMMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA...

Jom Masuk U merupakan program tahunan yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) sejak tahun 2005 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Antara objektif program Jom Masuk U adalah:
* Objektif program adalah menjadi Pusat Sehenti (One Stop Centre) bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf.
* Program ini juga ingin mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian (Online).
* Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan Kemasukan ke IPTA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
* Menerangkan kaedah pemarkahan kokurikulum berasaskan sekolah yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi permohonan Kemasukan ke IPTA.
* Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain mulai sesi akademik 2010/2011.


Marilah ramai-ramai memeriahkan Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2010. Banyak faedah yang boleh didapati di sana. Tidak mendatangkan kerugian malah mendatangkan manfaat.


Tarikh : 20-21 MAC 2010
Masa : 9.00 pg – 5.00 ptg
Tempat : Dataran Mechinical UMP


Sekian dahulu,
Terima kasih..

0 tester: