Pages

Subscribe:

UMP:Autoshow Rock U!

Pada 6 Mac 2010, pihak Petakom telah dijemput untuk menyertai program Autoshow Rock U! anjuran Mechapro. Ramai yang hadir ke penganjuran UMP Autoshow gabungan Pusat Kecemerlangan Automotif , Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Persatuan Mechapro, Sekretariat Rakan Muda, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) , Persatuan SAE-UMP Chapter dan Mini Owners Group Malaysia (MOG) untuk menyaksikan pameran kereta dan beberapa aktiviti menarik lain yang disediakan di Dataran Canseleri UMP Kampus Gambang tersebut.

Kita telah menghantar peserta untuk mewakili fakulti dalam beberapa acara yang disediakan. Antaranya booth, Street Dice dan explorace. Kumpulan explorace telah memenangi tempat ke-3 manakala dalam acara Street Dice, peserta hanya memperoleh tempat ke-4. Walau bagaimana pun syabas diucapkan!

Penganjuran program ini memberi pendedahan kepada pelajar UMP khususnya warga FSKKP mengenai aktiviti dan dunia permotoran, selain daripada teknologi perkomputeran.Pihak Petakom amat berbangga dengan komitmen para peserta FSKKP yang bersungguh-sungguh turun padang menjayakan program ini dan membantu menaikkan nama fakulti serta persatuan dikalangan para pelajar daripada fakulti luar.

Sekitar program Autoshow berlangsung:

"Mana nak digantung banner ni?! - Adek-abang

booth PETAKOM - siapa explain kat siapa ni?..

peserta Explorace bertungkus-lumus menyiapkan tugasan diberi

peserta Street Dice gah dengan payung mereka, "budak lab" katanya..

Kereta kita takde, orang lain punya pun jadik laa..

Related page: UMP - Latest News

0 tester: