Pages

Subscribe:

Surat Pemberitahuan : Larangan Berada dalam Kawasan kampus UMP bagi Semua Pelajar Kanan Sepanjang Minggu Induksi Siswa 2010

Perhatian!!!

Surat di bawah ini ialah pemberitahuan daripada pihak JHEPA UMP.
Ini hanya forwarded message sahaja.

Sekian.




UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SURAT PEMBERITAHUAN PIHAK BERKUASA TATATERTIB PELAJAR BILANGAN 01/2009

LARANGAN BERADA DALAM KAWASAN
KAMPUS UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BAGI SEMUA PELAJAR KANAN SEPANJANG MINGGU INDUKSI SISWA 2010

1.             Pada menjalankan kuasa di bawah Seksyen 16B(1), Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], saya bagi pihak Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) atas sifatnya sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMP mengarahkan SEMUA PELAJAR KANANkecuali yang pelajar-pelajar yang dinyatakan dalam Perenggan 3 (a) hingga (e) Surat Pemberitahuan ini untuk MENGOSONGKAN KAWASAN KAMPUS UMP SEPANJANG TEMPOH PELAKSANAAN MINGGU INDUKSI SISWA (MINDS) 2010 MULAI HARI  SABTU, 3 JULAI 2010 HINGGA HARI SABTU, 10 JULAI  2010.

2.             Pelajar-pelajar boleh kembali semula ke Kampus UMP untuk memulakan pengajian bagi Semester 1, Sesi Akademik 2010/2011 mulai hari  Sabtu, 10 Julai 2010.

3.             Tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Surat Pemberitahuan ini, hanya pelajar-pelajar berikut diberi pengecualian khas dan dibenarkan berada dalam Kampus UMP semasa MINDS 2010:-
a) Pelajar-pelajar yang dilantik sebagai Fasilitator MINDS 2010;
b) Pelajar-pelajar  yang menjalankan tugas di bawah Skim Pelajar Bekerja;
c) Pelajar-pelajar yang berdaftar sebagai pengendali gerai jualan sempena Karnival MINDS 2010
d) Pelajar-pelajar yang terlibat di dalam aktiviti pelajar yang mendapat kelulusan daripada Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
(e) Mana-mana pelajar yang mendapat kebenaran daripada Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa.

4.             Pelajar-pelajar yang disebut dalam Perenggan 3 (b), (c) (d) dan (e) di atas DIWAJIBKAN mendaftarkan diri dan mengambil PAS KHAS PELAJAR di  Unit Kebajikan Dan Disiplin, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni mulai hari  Jumaat, 2 Julai 2010, jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Mana-mana pelajar yang disebut dalam Perenggan 3 (b), (c) (d) dan (e) yang tidak mendaftarkan diri dan mengambil Pas Khas Pelajar pada tarikh yang dinyatakan di atas tidak boleh berada dalam Kampus UMP sepanjang tempoh pelaksanaan MINDS 2010.

5.             Pas Khas Pelajar/Tag Pengenalan Fasilitator MINDS 2010 tersebut hendaklah dipamerkan pada setiap masa bersama-sama Kad Matrik dan mana-mana pegawai atau kakitangan UMP berhak membuat pemeriksaan ke atas pelajar-pelajar ini pada bila-bila masa.

6.             Mana-mana pelajar yang didapati menyalahgunakan Pas Khas Pelajar atau Tag Pengenalan Fasilitator atau melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan akan DIKELUARKAN SERTA-MERTA DARI KAMPUS UMP dan dikenakan tindakan di bawah Kaedah 49, Kaedah-kaedah Universiti Malaysia Pahang (Tatatertib Pelajar-pelajar) 2010.

7.             Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar, UMP adalah bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Surat Pemberitahuan ini, memastikan pelajar-pelajar yang disebut dalam Perenggan 3 (a) hingga (e) mempamerkan Pas Khas Pelajar/Tag Pengenalan Fasilitator dan Kad Matrik ketika berada dalam Kampus UMP memeriksa setiap kenderaan yang keluar dan masuk ke dalam kawasan Kampus UMP sepanjang pelaksanaan MINDS 2010 bagi memastikan tiada pelajar UMP lain atau orang luar yang tidak berkenaan memasuki atau berada dalam kawasan Kampus UMP semasa MINDS 2010.

8.             Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar, UMP dengan ini diberi kuasa untuk mengarahkan mana-mana pelajar kanan UMP atau orang luar yang tidak berkenaan untuk meninggalkan kawasan Kampus UMP dengan serta-merta sekiranya mereka didapati berada dalam kawasan Kampus UMP semasa tempoh pelaksanaan MINDS 2010. 

9.             Semua pegawai dan kakitangan UMP juga dengan ini diberi kuasa untuk mengarahkan pelajar-pelajar UMP yang tersebut dalam Perenggan 3 (a) hingga (e) untuk mempamerkan Pas Khas Pelajar/Tag Pengenalan Fasilitator dan Kad Matrik serta melaporkan dengan serta-merta kepada Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar, UMP sekiranya terdapat keingkaran atau kehadiran pelajar kanan UMP atau orang luar yang tidak berkenaan semasa MINDS 2009 untuk tindakan lanjut. 

10.           Mana-mana pelajar kanan UMP yang didapati mengingkari Surat Pemberitahuan ini akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah Kaedah-kaedah Universiti Malaysia Pahang (Tatatertib Pelajar-pelajar) 2010 dan boleh dikenakan hukuman maksimum iaitu dipecat dari UMP sekiranya disabitkan kesalahan oleh Tribunal Tatatertib Pelajar UMP.



Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,
                      
(PROF. DR. YUSERRIE BIN ZAINUDDIN.)
Dekan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Malaysia Pahang

Dibuat pada 1 Julai 2010
[UMP.06.01./24.10/1 (    )]

Edaran kepada:-
                -               Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
                -               Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
                -               Pendaftar
                -               Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
                -               Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar
                -               Semua pelajar





---------------------------------------------------------------------------------


p/s : Kita dapat Dekan JHEPA yang bernama seperti di atas.





Bye.

0 tester: