Pages

Subscribe:

Promotion of Education Clinic



Educational Clinic ini merupakan satu program berbentuk ilmiah dimana program ini serba sedikit dapat membantu para pelajar bagi meningkatkan penguasaan dalam subjek kritikal seperti Programming Techniques dan Object Oriented Programming (OOP) kerana subjek ini merupakan subjek asas yang perlu dikuasai oleh pelajar FSKKP sebelum meneruskan pembelajaran yang lebih tinggi dan terdedah kepada dunia kerjaya yang lebih mencabar apabila tamat belajar kelak. Selain dari itu, program ini juga dapat membantu meningkatkan prestasi serta keputusan pelajar-pelajar FSKKP sekali gus dapat meningkatkan imej pelajar FSKKP di mata warga Universiti Malaysia Pahang.
Antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk membantu pelajar-pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 khususnya yang agak lemah dalam subjek-subjek kritikal ini. Selain itu juga, program ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan pelajar FSSKP dengan membantu memberi ruang atau medium sebagai menyelesaikan kekeliruan dalam subjek-subjek ini.
Antara kelas yang disediakan oleh Program Educational Clinic pada semester ini ialah bagi subjek Foundation of Mathematics (DCS) dan juga Programming Techniques (BCS). Mengikut statistik keputusan keseluruhan pelajar, dua subjek ini memberikan keputusan yang kurang memberangsangkan. Dengan ini, diharap Program Educational Clinic ini sedikit sebanyak akan membantu para pelajar meningkatkan kemahiran mereka di dalam dua subjek penting ini.
Program ini akan dijalankan pada setiap hari selasa dan khamis dan akan berlangsung selama empat minggu. Educational Clinic terbuka kepada seluruh pelajar FSKKP yang berminat. Setiap subjek hanya terbuka kepada 30 peserta. Penyertaan para pelajar adalah amat digalakkan. Sesiapa yang berminat, sila alert dengan memo untuk pendaftaran.
 ~~Rosfarahin Roslan,AJK Pelaksana Education Clinic~~

PETAKOM Bersama ACM dan SysNet

Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia.

Sebagaimana yang kita semua ketahui, PETAKOM merupakan persatuan yang menyatukan semua mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Tahukah anda? Di UMP sebenarnya terdapat dua lagi persatuan yang melibatkan perkomputeran, iaitu SysNet Community yang mewakili mahasiswa dan mahasiswi jurusan Sistem Komputer dan Rangkaian, dan UMP ACM Student Chapters (Association for Computing Machinery Student Chapters) yang merupakan pertubuhan perkomputeran saintifik dan pendidikan terbesar dunia.

Walaupun ketiga-tiga persatuan ini berbeza, namun PETAKOM, SysNet Community dan UMP ACM Student Chapters bernaung di bawah satu fakulti yang sama dan menjalinkan kerjasama antara satu sama lain dalam usaha membawa nama FSKKP di mata Universiti Malaysia Pahang, negara Malaysia, dan seterusnya dunia.

Bacaan Surah Al-Fatihah sebelum meneruskan mesyuarat.

Pengerusi PETAKOM memberikan penerangan.

Perbincangan antara Pengerusi PETAKOM, Pengerusi UMP ACM Student Chapters, dan Pengerusi SysNet Community.

3 wakil Majlis Tertinggi UMP ACM Student Chapters besama Pengerusi PETAKOM.

2 wakil Majlis Tertinggi SysNet Community.




Setiausaha 2 PETAKOM, Samsuri sedang mencatat minit mesyuarat.



Antara barisan kerjasama PETAKOM, UMP ACM Student Chapters, dan SysNet Community.

Meeting Pertama Sesi 2010/2011

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Bersempena dengan bermulanya semester baru bagi sesi 2010/2011, PETAKOM telah mengadakan 1 mesyuarat yang pertama untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang sem ini. Apapun, segala detail di dalam meeting ini tidak dapat didedahkan memandangkan iainya Private and Confidential. HHeeee... Layan sajalah gambar di bawah....



Pengerusi Petakom; SYAFIQ memulakan mesyuarat.


Majlis Tertinggi sibuk menguruskan perkara -perkara yang dibincangkan.


Wah!! Peminat Spain telah datang..


Setiausaha 2; SAMSURI khusyuk mendengar.



Kesemua Ahli Petakom yang hadir.


Exco Sukan membincangkan aktiviti yang akan mereka lakukan.




Itu sahaja untuk post kali ini. Post seterusnya akan berkaitan dengan German's Day..


Bye~~

Updated**Kenali Mereka~~

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..




Berikut merupakan senarai ahli Barisan Majlis Tertinggi Petakom 2010. Nama-nama mereka bolehlah dirujuk kepada maklumat di bahagian kiri blog ini.



Peringatan kepada ahli Majlis Tertinggi Petakom, terdapat satu meeting yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 12 Julai 2010(Isnin)
Masa  : 9.00 p.m
Tempat : MPP Meeting Room


Sekian. Terima Kasih.

Surat Pemberitahuan : Larangan Berada dalam Kawasan kampus UMP bagi Semua Pelajar Kanan Sepanjang Minggu Induksi Siswa 2010

Perhatian!!!

Surat di bawah ini ialah pemberitahuan daripada pihak JHEPA UMP.
Ini hanya forwarded message sahaja.

Sekian.




UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SURAT PEMBERITAHUAN PIHAK BERKUASA TATATERTIB PELAJAR BILANGAN 01/2009

LARANGAN BERADA DALAM KAWASAN
KAMPUS UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BAGI SEMUA PELAJAR KANAN SEPANJANG MINGGU INDUKSI SISWA 2010

1.             Pada menjalankan kuasa di bawah Seksyen 16B(1), Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], saya bagi pihak Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) atas sifatnya sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMP mengarahkan SEMUA PELAJAR KANANkecuali yang pelajar-pelajar yang dinyatakan dalam Perenggan 3 (a) hingga (e) Surat Pemberitahuan ini untuk MENGOSONGKAN KAWASAN KAMPUS UMP SEPANJANG TEMPOH PELAKSANAAN MINGGU INDUKSI SISWA (MINDS) 2010 MULAI HARI  SABTU, 3 JULAI 2010 HINGGA HARI SABTU, 10 JULAI  2010.

2.             Pelajar-pelajar boleh kembali semula ke Kampus UMP untuk memulakan pengajian bagi Semester 1, Sesi Akademik 2010/2011 mulai hari  Sabtu, 10 Julai 2010.

3.             Tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Surat Pemberitahuan ini, hanya pelajar-pelajar berikut diberi pengecualian khas dan dibenarkan berada dalam Kampus UMP semasa MINDS 2010:-
a) Pelajar-pelajar yang dilantik sebagai Fasilitator MINDS 2010;
b) Pelajar-pelajar  yang menjalankan tugas di bawah Skim Pelajar Bekerja;
c) Pelajar-pelajar yang berdaftar sebagai pengendali gerai jualan sempena Karnival MINDS 2010
d) Pelajar-pelajar yang terlibat di dalam aktiviti pelajar yang mendapat kelulusan daripada Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
(e) Mana-mana pelajar yang mendapat kebenaran daripada Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa.

4.             Pelajar-pelajar yang disebut dalam Perenggan 3 (b), (c) (d) dan (e) di atas DIWAJIBKAN mendaftarkan diri dan mengambil PAS KHAS PELAJAR di  Unit Kebajikan Dan Disiplin, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni mulai hari  Jumaat, 2 Julai 2010, jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Mana-mana pelajar yang disebut dalam Perenggan 3 (b), (c) (d) dan (e) yang tidak mendaftarkan diri dan mengambil Pas Khas Pelajar pada tarikh yang dinyatakan di atas tidak boleh berada dalam Kampus UMP sepanjang tempoh pelaksanaan MINDS 2010.

5.             Pas Khas Pelajar/Tag Pengenalan Fasilitator MINDS 2010 tersebut hendaklah dipamerkan pada setiap masa bersama-sama Kad Matrik dan mana-mana pegawai atau kakitangan UMP berhak membuat pemeriksaan ke atas pelajar-pelajar ini pada bila-bila masa.

6.             Mana-mana pelajar yang didapati menyalahgunakan Pas Khas Pelajar atau Tag Pengenalan Fasilitator atau melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan akan DIKELUARKAN SERTA-MERTA DARI KAMPUS UMP dan dikenakan tindakan di bawah Kaedah 49, Kaedah-kaedah Universiti Malaysia Pahang (Tatatertib Pelajar-pelajar) 2010.

7.             Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar, UMP adalah bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Surat Pemberitahuan ini, memastikan pelajar-pelajar yang disebut dalam Perenggan 3 (a) hingga (e) mempamerkan Pas Khas Pelajar/Tag Pengenalan Fasilitator dan Kad Matrik ketika berada dalam Kampus UMP memeriksa setiap kenderaan yang keluar dan masuk ke dalam kawasan Kampus UMP sepanjang pelaksanaan MINDS 2010 bagi memastikan tiada pelajar UMP lain atau orang luar yang tidak berkenaan memasuki atau berada dalam kawasan Kampus UMP semasa MINDS 2010.

8.             Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar, UMP dengan ini diberi kuasa untuk mengarahkan mana-mana pelajar kanan UMP atau orang luar yang tidak berkenaan untuk meninggalkan kawasan Kampus UMP dengan serta-merta sekiranya mereka didapati berada dalam kawasan Kampus UMP semasa tempoh pelaksanaan MINDS 2010. 

9.             Semua pegawai dan kakitangan UMP juga dengan ini diberi kuasa untuk mengarahkan pelajar-pelajar UMP yang tersebut dalam Perenggan 3 (a) hingga (e) untuk mempamerkan Pas Khas Pelajar/Tag Pengenalan Fasilitator dan Kad Matrik serta melaporkan dengan serta-merta kepada Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar, UMP sekiranya terdapat keingkaran atau kehadiran pelajar kanan UMP atau orang luar yang tidak berkenaan semasa MINDS 2009 untuk tindakan lanjut. 

10.           Mana-mana pelajar kanan UMP yang didapati mengingkari Surat Pemberitahuan ini akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah Kaedah-kaedah Universiti Malaysia Pahang (Tatatertib Pelajar-pelajar) 2010 dan boleh dikenakan hukuman maksimum iaitu dipecat dari UMP sekiranya disabitkan kesalahan oleh Tribunal Tatatertib Pelajar UMP.



Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,
                      
(PROF. DR. YUSERRIE BIN ZAINUDDIN.)
Dekan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Malaysia Pahang

Dibuat pada 1 Julai 2010
[UMP.06.01./24.10/1 (    )]

Edaran kepada:-
                -               Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
                -               Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
                -               Pendaftar
                -               Semua Ketua Pusat Tanggungjawab
                -               Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar
                -               Semua pelajar





---------------------------------------------------------------------------------


p/s : Kita dapat Dekan JHEPA yang bernama seperti di atas.





Bye.

WELCOME to the NEW UMP STUDENTS~~




Salam 1 Malaysia...

Bersempena dengan Hari Pendaftaran Pelajar Baru pada hari ini, kami di warga PETAKOM mengucapkan 'SELAMAT DATANG' kepada semua pelajar yang mendaftarkan diri di Universiti Malaysia Pahang. Semoga anda semua menghadapi Minggu Induksi Siswa (MiNDS ) dengan jayanya. 


Kepada, pelajar yang mendaftarkan diri sebagai pelajar Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian (FSKKP), kami ucapkan selamat maju jaya dan marilah kita mengharumkan nama fakulti dan UMP bersama-sama. 



p/s : Kepada pelajar-pelajar Senior, selamat kembali untuk menyambung pembelajaran pada 12 Julai ini.



Sekian...