Pages

Subscribe:

Makeweekend 2013

Hello

Makeweekend is an amazing event that help enhance your critical thinking and a place where your idea take flight. Great place to show your potential as a developer or creator. Not only that, you can develop your leadership skills, a very important skills nowadays.

I used to join this program last semester. It very happening with all facilitator that help us to see a different side of our project. Help us to see opportunity to make business with our simple ideas, a very simple ideas. Thinking about how we can make money based on that simple ideas surely boost up our adrenaline. Unfortunetly, my group didn't won. However, the winner deserve to get the prize because their ideas was totally amazing. GPRS in shopping mall that help us to find item and section much faster. Amazing isn't? I sure you guys have more amazing ideas but don't know where to show your idea. Come and join us. You will not regret.

Come and join this program this holiday on 7th of May 2013 @ ZKD04 UMP Gambang start at 8am!

REGISTER YOURSELF....
https://docs.google.com/forms/d/1sdXkaPHxyUa7hwhSZkbXVEOche_Fw8Z9jHW4w538q9Y/viewform#start=openform.

see you there!!


Bantuan Kewangan

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bagi siapa yang ambil PTPTN untuk 3 tahun setengah tapi keadaan tak mengizinkan jadi anda terpaksa extend lagi satu sem. Duit PTPTN tak coverkan untuk lagi satu sem tu. So anda akan ada masalah dari segi kewangan. Atau anda ada maslah kewangan disebabkan hal2 tertentu? Jangan risau, universiti mempunyai beberapa tabung yang dapat membantu anda dalam menghadapi masalah ini.

Senarai tabung bantuan
1. Tabung kebajikan
2. Tabung 1 Malaysia
3. Tabung amanah zakat
4. Tabung amanah nasional.


Semua masalah boleh dirunding. Anda semua boleh datang berjumpa dengan exco-exco petakom sendiri untuk berbincang dan kami akan cuba membantu.
Jika anda segan nak jumpa kami, anda  boleh terus rujuk Pn Wan Nur Azizah (019-9488012).

Semua masalah tak akan selesai kalau tak dikongsi. Biar berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.

Laporan Selangkah Menuju Kejayaan

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Selangkah Menuju Kejayaan adalah satu lagi program bawah tanggungjawab petakom yang baru selesai beberapa minggu lepas. bertempat di UMP, WDK14 & WDK 15. Program yang berlangsung pada 6 April lepas yang melibatkan Murid Tahun 6 SK Kuala Kaung dan SK Lanchan dan pelajar UMP.

Program yang bermatlamat untuk membantu murid-murid menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman serta memberi pendedahan kepada murid mengenai suasana pembelajaran di pusat pengajian tinggi dan seterusnya dapat meningkatkan motivasi selesai dengan jayanya dan mencapai matlamat yang ingin dicapai. Program sebegini sangat berguna dan dapat megelakkan culture shock pada pelajar. Lebih-lebih lagi pada pelajar sekolah rendah yang sememangnya belum pernah mengambarkan suasana di universiti.

sedikit ringkasan mengenai perjalanan program


Bermula seawal 7.30 pagi semua fasilitator bersiap sedia di blok W bagi menyambut kedatangan para peserta. Seramai 55 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 6 SK Kuala Kaung dan SK Lanchang serta 6 orang guru pembimbing sampai di perkarangan blok W pada pukul 9.15 pagi. Mereka diberi sarapan dan sejurus selepas itu program terus bermula dengan sesi pengenalan ringkas dari fasilitator mengenai UMP dan FSKKP serba sedikit.

Tepat pukul 10 pagi, peserta dibawa melawat ke Galeri UMP sebagai destinasi pertama slot lawatan. Kemudian bergerak ke FIST, FKKSA, FKASA, FTech, dan akhir sekali ke FSKKP. Sesi lawatan berakhir pada pukul 12.45 dan para peserta bergerak ke Masjid UMP untuk solat berjemaah serta makan tengahari.

Pergerakan para peserta ke blok W semula ialah pada pukul 1.50 tengah hari. Tepat pada pukul 2 petang, slot LDK hala tuju dimulakan. Tujuan LDK ini adalah untuk memberi kesedaran tentang keperluan merancang hala tuju hidup masa akan dating dan juga untuk membentuk kerjasama dalam kumpulan dan berkefahaman dalam memjalankan aktiviti. Slot ini berjalan dengan lancar dengan bantuan daripada setiap fasilitator untuk membimbing para peserta.

Selepas slot LDK hala tuju tamat, tepat pada pukul 4 petang, slot motivasi pula bermula. Penceramah merupakan bekas Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/12 iaitu Saudara Mohd Zulwafi Bin Bahaudin. Slot ini bertujuan untuk memberi kesedaran serta kata-kata semangat kepada para peserta ekoran menjelang peperiksaan UPSR beberapa bulan lagi.

Selepas tamat slot motivasi pada pukul 5 petang, fasilitator bersiap sedia pula untuk majlis penutup setengah jam kemudian. Majlis penutup dihadiri oleh penasihat program, Dr. Tuty Asmawaty Binti Abdul Kadir dan Dr. Adzhar Bin Kamaludin sebagai VIP untuk majlis penutup tersebut. Penyampaian hadiah dan cenderahati kepada peserta dan gurun pembimbing berjalan lancar. Majlis penutup diakhiri dengan tanyangan montaj dan sesi fotografi. Para peserta kelihatan begitu gembira melihat tayangan montaj tersebut.

Selepas majlis penutup, para peserta bersama guru pembimbing serta VIP dijemput untuk menjamu selera di dewan makan yang disediakan. Para peserta menaiki bas untuk pulang ke SK Kuala kaung pada pukul 6.30 petang.

Even we never expect to face this kind of situation in university when we first arrive here. And i can proudly said that UMP is the best university. Being in UMP is almost the same with being in home. All of us even in different faculty is so nice and kind with each other.

Laporan malam pra-Graduasi & Alumni

Assalammualaikum & salam 1 Malaysia

Berapa ramai yg pergi dinner fakulti? Best x?
Bagi saya yang tak berapa selalu pergi dinner. Ini adalah antara yang terbest saya pernah join. or maybe sebab saya involve BTS kot.hee. Tak apa asalkan happening.

alhamdulillah ramai yang dapat join dalam tempoh masa 2minggu pendaftaran dibuka lebih 100pelajar termasuk alumni yang join dinner ini. terima kasih banyak2.

program yang bermula pada jam 6 dengan keberangkatan semua pelajar, sedikit tergendala bila maghrib lebih kurang pukul 7. jadi kebanyakkan pelajar solat maghrib dulu sebelum ke MS Garden. Selain daripada tu semuanya berjalan lancar. Semua VIP dan pensyarah tiba lebih kurang pukul 8.15pm di Perdana Ballroom MS Garden. Lepas tu biasalah, ucapan semua VIP, pengarah program dan presiden petakom. Memandangkan nama program pun pra-graduan dan alumni, seorang alumni yang boleh dijadikan icon pada semua pelajar FSKKP telah dijemput untuk berkongsi pengalaman. Salah seorang pengasas Wired In di malaysia.

The best part is the performance by UMP student dan LUCKY DRAW. But sorry to say most of the present that night was won by final year software engineer.

Mari menjamu mata sikit dengan gambar2 malam tu. (p/s: maaf kualiti gambar tak cantik.)

menu malam tu
antara barang dalam goodie bag
pelajar lelaki final year software engineering with our beloved Miss Azlina

Best student (Every year is the same person)


Hadiah untuk best dress. Tahniah kepada Nur Izdihar dan Mohd Jawad.




AJK dinner. Thank guys for your hardworking.


Lastly, yeah i'm proud to be FSKKP students.

Untuk sem akan datang mungkin junior boleh organize lagi event macam ini. Young talent always have fresh ideas. we will always support you our next FSKKP generation.

Laporan Aktiviti SUKFAC

Salam SUKFAC salam 1 sukan 1 Fakulti

Hee..walaupun lambat saya tetap nak ucapkan tahniah kepada semua perwakilan FSKKP.  Dalam 9 sukan yang dipertandingkan
i. Futsal (Lelaki & Wanita)
ii. Bola baling (Lelaki & Wanita)
iii. Badminton (Lelaki & Wanita)
iv. Pingpong (Lelaki & Wanita)
v. Bola jaring (Wanita)
vi. Bola tampar (Lelaki & Wanita)
vii. Boling tenpin(Lelaki & Wanita)
viii. Sepak takraw (Lelaki)
ix. Bola keranjang (Lelaki & Wanita)
x. Ragbi (Lelaki)
fakulti telah hantar wakil untuk semua bahagiam kecuali Sepak takraw (Lelaki) sebab kekurangan pemain. Next year harap bolehlah ramai-ramai ambil bahagian biar semua yang dipertandingkan semua ada wakil fakulti.

Dan result yang paling memberangsangkan adalah dengan mengekalkan pingat emas dalam acara Bola Baling (Lelaki) untuk tempoh dua tahun berturut-turut. Pencapaian FSKKP adalah seperti berikut:

Johan :
Bola Keranjang (W)
Ping Pong (L)
Bola Baling (L)
Jumlah Mata = 21


Naib Johan :
Bola Tampar (L)
Bola Keranjang (L)
Jumlah Mata = 10


Ketiga :
Tenpin Boling (W)
Futsal (W)
Badminton (L)
Jumlah Mata = 6


Keenam :
Ragbi (L)

Peringkat Kumpulan :
Futsal (L)
Bola baling (W)
Badminton (W)
Pingpong (W)
Bola jaring (W)
Bola tampar (W)
Boling tenpin (L)

dan mata keseluruhan FSKKP adalah 40 mata dan mata keseluruhan untuk semua fakulti adalah


1. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) - 70 mata
2. Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) - 50
3. Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) - 44
4. Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) - 40
5. Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA) - 33
6. Fakulti Teknologi (FTEK) - 21
7. Fakulti Sains & Teknologi Industri (FIST) - 12
8. Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) – 2

Apa-apa pun FSKKP is the best. Im pround to be FSKKP-ian.

Laporan program Finishing School

Assalammualaikum dan Alhamdulillah

Sudah banyak program anjuran petakom dan fakulti telah di jalankan dan selesai dengan sempurna sepanjang beberapa bulan lepas. Salah satunya adalah Program Finishing School.

But unfortunately, not every program come smoothly. Like this program, the biggest problem is transportation. Program that suppose to start at 9am in UMP pekan only start at 10am. That is because just a few student able to take a bus and ride on to UMP Pekan. While more than half of other student have to wait for about another trip of bus that reported only come at 10am. That means only two trip of bus can make it to the program. The remaining student got to back to their room and cannot make it to the program. We as a responsible club under faculty would like to say our sorry because of this incident. Although I know it already too late now, but still the incident that happen need to be justified. We all agreed that the blame is on the organizer, however everything that happen have a reason.

Asking about related issues to DR Adzhar, here is his comment:
i. Fakulti amat dukacita dengan masalah pengangkutan yang berlaku pada hari kejadian dan Fakulti amat teruja dengan komitmen pelajar seramai lebih 200 menunggu bas utk ke lokasi program, UMP Pekan.

ii. Semua urusan berjalan seperti dirancang kecuali pengangkutan.

iii. Untuk pengetahuan semua, Jabatan Pengurusan & Pembangunan Harta (JPPH) UMP telah menjanji 5 buah bas bagi tujuan pengangkutan bermula jam 730 pagi. MALANGnya hanya sebuah bas sahaja diberikan pada hari kejadian.

iv. Kenapa UMP Pekan? - semua dewan kuliah dan astaka telah ditempah oleh persatuan pelajar lain dan ianya melibatkan pihak luar.

Kami harap beberapa ketidakpuasan hati dan salah faham boleh terungkai dengan jawapan tersebut. Selain dari maslah tersebut, objektif program ini tercapai dengan setiap slot/module pengisian yang disediakan.

2 tetamu dari HeiTech Padu dijemput untuk memberi pengisian. Antara isi yang dikupas adalah organisasi HeiTech Padu seperti sejarah, collaboration dan beberapa cawangan HeiTech padu seluruh Malaysia.

2 lagi penceramah dari UMP sendiri yang membincangkan isu pergi interview.
1- Appearance
Pakaian yang bersih, dan bersesuaian.
2-Position
Semasa interview kita must sit still and comfortable. But not too comfortable, yang boleh menyebabkan kita kelihatan tidak formal.
3-Briefcase/ handbag
Antara barang yang perlu ada dalam briefcase/handbag pencungkil gigi, chewing gum/ breath freshner, air mineral, tisu, perfume and importantly PIECE OF PAPER AND PEN.

Berhubungkait dengan program Finishing School ini juga satu mock interview telah dijalankan di UMP Gambang. Beberapa syarikat telah terpilih untuk menjadi contoh bagi mock interview ini. Dan syarikat untuk bahagian Software Engineer sangat sikit.

Litlle something from my experience.
1-Jangan lupa bawa resume. And datang awal!!! (saya datang lambat kena marah)
2-Resume kalau boleh jangan lebih dari pada 2 helai.
3-Dalam resume highlightkan section. Contohnya Biodata, Education, Skills, Languange and etc.
4-Please rate your skills and languange. Contohnya Beginner, Intermediate and Professional.
5-More importantly keep practice and provide answer for all possible question before go to interview.