Pages

Subscribe:

CURRENT ISSUES IN ICT


FACULTY OF COMPUTER SYSTEM & SOFTWARE ENGINEERING
PERSATUAN TEKNOLOGI KOMPUTER (PETAKOM)
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
LEBUHRAYA TUN RAZAK
26300 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

UPDATE : For those who didnt register are also invited because it compulsory to all first years and third years

Current issues in ICT is an elective subject where final year student of degree in computer science & software engineering need to learn.

For the 2nd year student (BCS/BCN) you are invited to this seminar.





makanan disediakan.
Cabutan bertuah juga di sediakan di akhir sesi nanti.
Hadiah disediakan pada pelajar yang bertanyakan soalan.


Regards.

Ahmad Safuan bin Abdul Razak
President Of FSKKP Association 08/09
http://petakom.blogspot.com/
oovoo:ahmad_safuan
0199442457

Tempahan Jaket Fakulti

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

PERHATIAN kepada pelajar-pelajar FSKKP terutamanya pelajar Tahun 1 yang ingin menempah jaket fakulti, satu sesi pengukuran jaket akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

DCS dan BCS

Tarikh : 17/8/2009 (Isnin)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Ruang Legar Blok W

BCN dan BCG

Tarikh : 18/8/2009 (Selasa)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Ruang Legar Blok W

Jenis jaket :
- Jaket dengan lining = RM 120
- Jaket tanpa lining = RM 83

Para pelajar dikehendaki membawa bersama DEPOSIT sebanyak RM 50.

Sekian, terima kasih.

PIC :
Muhammad Alqaf bin Azmi,
EXCO Keusahawanan,
Persatuan Teknologi Komputer 08/09,
Universiti Malaysia PAHANG.

No. tel : 017-213 5706

Reference Book Selling - NEW ARRIVALS

Assalamulaikum/Good Day. For your information, starting this semester (Semester I, session 2009/2010), PETAKOM (Persatuan Teknologi Komputer) will be selling reference books for our Faculty of Computer Systems & Software Engineering. The books will be sold at PETAKOM’s room in the faculty at the 1st floor. These are the detailed information on the book sales:

Time of operation: 3 – 5 P.M. (Sometimes open at our exco’s free time)

Date of operation: First phase: Opens Monday till Friday from 9 – 17th July 2009.

Second phase: Opens on Monday, Wednesday and Friday from 20 – 31st July 2009.

Third phase: By memo/ sms/ call request. Please contact:

AZAM – 017-9404788

AZIE – 012-2033625

SAFUAN – 017-9026374

Venue: PETAKOM’s room

List of available books:

No.

Subject Code

Book Description

Price Per Unit (RM)

1

BCS2143

An Intro to O/Oriented Prog W/Java 5E (Wu Otani)

70.00

2

DCN2063

Operating Systems Concepts 8E (Silberschatz)

75.00

3

BCS2283

Software Engineering 8E (Sommerville)

72.00

4

DCI2033

Database Systems 8E (Rob/Coronel)

67.00

5

BCC1033 & DCC1032

Intro to Programming VB 2008 7E (Schneider)

80.00

6

BCI2023

Database Systems 5E (Connoly)

73.00

7

BCS3273

Digital Image Processing 3E (Gonzalez)

75.00

8

BCN2083

LAN Switching & Wireless 3 (CCNA 3) (Lewis)

72.00

9

BCN1053

Network Fundamentals: CCNA 1 (Dye)

70.00

10

BCN2093

Top Down Network Design 2E (Oppenheimer)

80.00

11

Security In Computing 4E (Pfleeger)

66.00

12

Build Your Own Security Lab (Gregg)

60.00

13

Discovering Computer 2010 – Complete (Shelly/Vermaat)

65.00

Terms and conditions:

Books must be paid in full. No installment can be made.

No booking of books will be considered.

Please take note that the list will be updated frequently. If any of your books are not listed, then your books will most probably arrive within two weeks.

Attention to all FSKKP Students, Grab the chance to win over RM100,000 in Maxis Mobile Content Challenge 2009


Assalamulaikum/Good Day.

Call for participation from FSKKP students in Mobile Content Challenge 2009 (MCC 2009). Below are the detail of the competition:-



MCC Overview
The Mobile Content Challenge (MCC) is a programme created for students of Institutes of Higher Learning (IHLs) in Malaysia to research and use new technologies to develop real world solutions for mobile telecommunications. This event is jointly organized by Maxis Communications Berhad, the Ministry of Information, Communication & Culture (MICC) and the Malaysian Communications & Multimedia Commission (SKMM).

The objectives of the Mobile Content Challenge are:-

1. To inspire students’ development in the area of mobility content, applications and services;
2. To encourage and inculcate an innovative and creative mindset amongst students, bridging the divide between theory & industry; and
3. To nurture a community of young entrepreneurs that are ready to embark on bold new ventures and who will develop and provide Malaysian made mobility content, application and services.

For the students who are interested in participating this competition, you must form a team of 2 members and an advisor from academic staff or lecturer.

For further details students can logon to Mobile Content Challenge official website:
www.mobilecontentchallenge.com

Reference Book Selling

Assalamulaikum/Good Day.

For your information, starting this semester (Semester I, session 2009/2010), PETAKOM (Persatuan Teknologi Komputer) will be selling reference books for our Faculty of Computer Systems & Software Engineering.

The books will be sold at PETAKOM's room in the faculty at the 1st floor. These are the detailed information on the book sales:

Time of operation: 3 - 5 P.M.

Date of operation:
- First phase: Opens Monday till Friday from 9 - 17th July 2009.
- Second phase: Opens on Monday, Wednesday and Friday from 20 - 31st July 2009.
- Third phase: By memo/ sms/ call request. Please contact:
NOR AZAM BIN MOHAMED HATHA - 017-9404788
NORAZILA BINTI ALIAS - 012-2033625
AHMAD SAFUAN BIN ABDUL RAZAK - 017-9026374

Venue: PETAKOM's room B1-01 04

List of available books:

1. Subject Code: BCS2143
Title: An Intro to O/Oriented Prog W/Java 5E
Author : WU
Price: RM70.00

2. Subject Code: DCN2063
Title: Operating Systems Concepts 8E
Author: Silberschatz
Price: RM75.00

3. Subject Code: BCS2283
Title: Software Engineering 8E
Author: Sommerville
Price: RM72.00

4. Subject Code: DCI2033
Title: Database Systems 8E
Author: Rob/Coronel
Price: RM67.00

5. Subject Code: BCC1033 & DCC1032
Title: Intro to Programming VB 2008 7E
Author: Schneider
Price: RM80.00

Terms and conditions:
Books must be paid in full. No installment can be made.
No booking of books will be considered.

Please take note that the list will be updated frequently. If any of your books are not listed, then your books will most probably arrive within two weeks.

Thank You.

"Leading Engineers Beyond Expectation"

________________________

NOR AZAM BIN MOHAMED HATHA
SETIAUSAHA AGUNG PETAKOM
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SISTEM KOMPUTER & KEJURUTERAAN PERISIAN
SESI 08/09
H/P: 0179404788
Email: spiderzmen@gmail.com
_________________________

Email Rasmi PERSATUAN : petakom.ump@gmail.com
Blog Rasmi PERSATUAN : www.petakom.blogspot.com

Programming contest

Photobucket
Assalamualaikum dan salam kasih sayang kepada semua pembaca..

Alhamdulillah,diantara program yang julung-julung kalinya yang pernah dianjurkan sejak penubuhan petakom sejak tahun 2002/2003.. Program yang bercorak pertandingan ini sebenarnya diberi nama "software and networking contest" namun terdapat beberapa kekangan yang dihadapi menyebabkan ia hanye tertumpu kepada progamming sahaja..kelihatan seperti program ini hanya untuk student software,namun pada realitinya student networking yang menang tempat pertama.Tahniah diucapkan kepada bro arep zaki(otai fskkp)...

gambar diatas diambil semasa majlis penyampaian hadiah kepada pemenang utama programming contest (hamper +sijil+wang tunai)
ACM International Collegiate Programming Contest (ICPC) adalah multitier, pertandingan programming berasaskn kumpulan beroperasi di bawah naungan ACM dan berpusat di Baylor University. Pertandingan melibatkan jaringan global dari universiti setiap daerah yang akan membawa kumpulan pelajar supaya dapat maju dalam pertandingan ACM-ICPC World Finals. Penglibatan peserta dalam pertandingan telah berkembang kepada beberapa ribu pelajar yang terdiri daripada mahasiswa terbaik dari fakulti komputer dari 2000 lebih universiti dari 80 negara-negara di enam benua. Pertandingan ini menekankan kreativiti, kerjasama, dan inovasi dalam membangun program software baru, dan membolehkan siswa untuk menguji kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah di bawah tekanan.



Intrafact Petakom 08/09

Photobucket

Assalamualaikum dan salam kemaafan kepada semua...

PANAS...mmg panas,banyak yang meletup disebalik program nie..namun program yang dijalankan tetap best!!majulah sukan utk negara!!





Program berbentuk sukan ini dijalankan bagi merapatkan hubungan pelajar FSKKP dan menyerlahkan bakat di dalam aktiviti ko-kurikulum untuk mewakili universiti pada masa depan.
Tidak banyak maklumat yang dapat dikongsikan kerana masih menanti laporan lengkap aktiviti dari pengarah program..apa - apapun,ingin dikongsikan kenangan bersama wajah-wajah ceria,corak-coret pada hari kejadian...


kepada sesiapa yang mempunyai gambar-gambar dan ingin dikongsikan bersama,boleh upload di share kat photobucket petakom...Akhir kalam,ingatlah kata-kata puan suryanti "kurangkan kontrovesi tingkatkan prestasi".wassalam..



Interaksi Siswa Lepar Hilir

Photobucket

Assalamualaikum w.b.t.h. dan salam sejahtera

Program INTERAKSI SISWA’09 ini adalah berbentuk motivasi pendidikan kepada pelajar sekolah. Program ini fokus kepada pelajar sekolah menengah tingkatan 4 & 5 yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM). Ini bagi memberi pengetahuan serba sedikit tentang Universiti Malaysia Pahang (UMP) serta menarik minat mereka untuk memasuki Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti. Selain itu, berkongsi tenik jati dir dan cara belajar yang berkesan bagi menanam lagi sifat ingin belajar dalam diri pelajar. Antara aktivti yang dirancang seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) kesinambungan dari motivasi yang terbahagi kepada beberapa LDK dan setiap LDK tersebut mempunyai tema yang tersendiri. Selain itu pelbagai hasil karya multimedia pelajar FSKKP akan didemonstrasikan kepada pelajar sebagai pembakar semangat untuk belajar.


Seramai 28 orang mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan 2 orang pegawai akademik UMP dari Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) akan menyertai program ini. Pada pukul 7.30 pagi, fasilitator mula bertolak Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar, Pekan dan pelajar – pelajar sekolah tersebut mula berkumpul di dataran hadapan pejabat dan ketua warden mereka iaitu En. Zambri membahagikan mereka ke dalam kumpulan masing - masing. Sesi taklimat tentang fakulti FSKKP disampaikan oleh En. Azwan dan diteruskan dengan modul pertama iaitu Resolusi Mula. Pelajar – pelajar dibahagikan mengikut kepada dua kumpulan besar fasilitator iaitu tingkatan 5 dan tingkatan 3. Seterusnya, selepas rehat Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1 bermula sehingga pukul 12.30 tengahhari bagi memberi laluan kepada semua untuk berehat dan solat zohor. Tentatif pada sebelah petang pula berjalan sesuai mengikut perancangan. LDK Softskill dijalankan di kantin kerana ada tayangan video tatacara temuduga serta babak lakon semula yang dilakonkan oleh empat orang pelajar, dua pelajar lelaki dan dua pelaar perempuan. Program diteruskan dengan tayangan projek pelajar fakulti FSKKP dari 2 DCS dan mendapat sambutan daripada pelajar serta PK HEM sekolah sendiri. Selesai aktiviti tersebut, program diteruskan dengan acara sesi soal jawab tetapi tidak ada soalan daripada pelajar sebaliknya mereka meminta untuk memanjangkan program Interaksi Siswa ini selama 2 hari. Program ini diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada pelajar serta fasilitator dan cenderahati kepada pihak sekolah. Program ini berakhir pada pukul 6.30 petang dengan ucapan perasmian sekaligus penutup daripada PK HEM SMK Lepar dan sesi mengambil gambar bersama pelajar dan fasilitator.













Sapura industrial visit

Photobucket

Assalamualaikum dan salam ceria kepada semua..
Program ini berbentuk lawatan akademik yang telah dianjurkan oleh Persatuan Teknologi Komputer (PETAKOM) di mana lawatan ini membawa peserta-peserta melawat tempat-tempat industri atau kilang industri untuk menimba sedikit pengetahuan apabila peserta bekerja kelak. Di samping itu, peserta boleh menjadikan tempat lawatan itu sebagai tempat untuk membuat latihan industri.

Untuk menjadi sebuah universiti yang tidak ketinggalan dalam bersaing antara universiti lain dalam merebut pengetahuan tentang bidang teknologi, kami Persatuan Teknologi Komputer (PETAKOM) bersepakat untuk mengadakan Lawatan Industri ’09 bagi member sedikit pendedahan kepada peserta tentang cara bekerja di syarikat industri di samping dapat menambahkan sedikit pengetahuan tentang perisian-perisian baru yang diperkenalkan.



Sesi ‘Dialog Bersama Dekan’

Photobucket

Assalamualaikum dan salam kasih sayang kepada semua pembaca,Alhamdulillah saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah atas limpah kurnianya,setiap makhluk yg hidup dimuka bumi masih lagi dipinjamkan roh dan jasad yang sempurna oleh Allah s.w.t untuk terus menikmati kehidupan manusia yang sementara waktu ini...


Pada 10 Februari 2009 yang lalu, Persatuan Teknologi Komputer (PETAKOM) dengan kerjasama Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian (FSKKP) telah menganjurkan sesi Dialog Bersama Dekan FSKKP, Dr. Jasni binti Mohamad Zain, yang bertempat di Astaka UMP. Acara ini bermula pada jam 8.00 malam. Sesi dialog ini bertujuan untuk membuka peluang kepada pelajar-pelajar FSKKP dan staff untuk meluahkan pendapat, rasa, cadangan, serta kemusykilan atau pertanyaan mengenai FSKKP atau akademik kepada Dekan. Pelbagai soalan dan pendapat telah diajukan kepada Dekan dan kebanyakan adalah mengenai Projek Sarjana Muda (PSM) dan Projek Tahun Akhir (PTA).Selain Dekan, pensyarah atau staff yang bertanggungjawab mengenai PSM dan PTA juga menjawab segala kemusykilan para pelajar FSKKP. Selain itu, diadakan juga acara cabutan bertuah untuk memeriahkan lagi suasana ketika sesi dialog berlangsung. Sesi dialog berakhir dengan sedikit jamuan ringan. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya hadir!












Program Minggu Multimedia

Photobucket

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada 7 hingga 8 Mac 2009 (Sabtu dan Ahad) yang lalu, PETAKOM telah menganjurkan satu program iaitu Minggu Multimedia bertempat di FSK 6 & FSK 5.Pada hari Sabtu, peserta program ini terdiri daripada 30 pelajar Darjah 6 beserta seramai 4 orang guru pengiring daripada Sekolah Rendah (FELDA) Lurah Bukit. Fasilitator yang akan membantu adik-adik ini terdiri daripada pelajar UMP sendiri iaitu seramai 10 orang pelajar FSKKP Tahun 1. Adik-adik yang hadir ini telah didedahkan dan diajarkan penggunaan Microsoft Word dan Microsoft Power Point sebagai pengetahuan asas mengenai komputer.

Hari Ahad pula, peserta program adalah terdiri daripada pelajar UMP sendiri yang tidak terhad kepada pelajar FSKKP sahaja, malah dari semua fakulti. Pendedahan yang diberikan adalah berbentuk animasi menggunakan Flash. Seramai 30 orang peserta sahaja yang terpilih daripada 63 peserta yang menghantar penyertaan. Seramai 5 orang fasilitator yang mahir membantu melicinkan perjalanan program dan pengajarnya ialah Encik Aziman.

Makanan turut disediakan bagi para peserta. Bukan itu sahaja, malah peserta juga mendapat fail, pen serta sijil. Sepanjang kedua-dua hari berlangsung, hamper telah disediakan bagi pertandingan untuk menguji peserta.


Gerai Jualan PETAKOM Sempena ‘Jom Masuk U!’

Photobucket

Assalamualaikum dan salam perpaduan kepada semua..

Bersempena Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Pantai Timur pada 28 Februari hingga 1 Mac 2009 yang lalu, pihak MPP telah membuka ruang kepada mana-mana kelab dan persatuan di UMP yang ingin menambahkan pendapatan dengan melakukan jualan. PETAKOM tidak ketinggalan dalam merebut peluang ini. Bertempat di kawasan belakang Kompleks Sukan UMP, gerai jualan PETAKOM ini telah dikendalikan oleh MT, EXCO dan Sekretariat-Sekretariat PETAKOM. Pelbagai jenis makanan dan minumam telah dijual pada hari tersebut. Antaranya ialah ice blended, kerepek, air minuman, burger, coklat dan dadih.

Tujuan utama program ini tercapai kerana gerai jualan PETAKOM mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung. Hasilnya, pada hari pertama PETAKOM yang bermodalkan RM330 telah mendapat keuntungan sebanyak RM367 dan hari kedua pula RM 248. Para ahli PETAKOM telah memberikan kerjsama yang baik pada kedua-dua hari. Syabas diucapkan!

Sewaktu Karnival ‘Jom Masuk U!’ berlangsung di UMP pada 28 Februari hingga 1 Mac 2009 yang lalu, bertempat di Kompleks Sukan UMP, fakulti juga telah membuka booth PSM. Tujuan utama booth ini adalah untuk memperkenalkan projek-projek tahun akhir pelajar Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian kepada tetamu yang hadir sekali gus dapat meningkatkan nama Persatuan Teknologi Komputer (PETAKOM) dan Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian dengan mempromosi dan memperkenalkan fakulti kepada pengunjung khususnya pelajar-pelajar sekolah menengah yang akan memasuki universiti tidak lama lagi.

Berikut adalah suasana di booth PSM PETAKOM sepanjang Karnival ‘Jom Masuk U!’. Booth ini juga telah dilawati oleh Y.A.B Datuk Sri Najib Tun Razak dan Naib Canselor UMP YH Dato' Profesor Daing Mohd. Nasir bin Daing Ibrahim.



Educational Clinic ??

Photobucket

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..


Educational Clinic ini merupakan satu program berbentuk ilmiah dimana program ini serba sedikit dapat membantu para pelajar bagi meningkatkan penguasaan dalam subjek kritikal seperti Programming Techniques dan Object Oriented Programming (OOP) kerana subjek ini merupakan subjek asas yang perlu dikuasai oleh pelajar FSKKP sebelum meneruskan pembelajaran yang lebih tinggi dan terdedah kepada dunia kerjaya yang lebih mencabar apabila tamat belajar kelak. Selain dari itu, program ini juga dapat membantu meningkatkan prestasi serta keputusan pelajar-pelajar FSKKP sekali gus dapat meningkatkan imej pelajar FSKKP di mata warga Universiti Malaysia Pahang.

Antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk membantu pelajar-pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 khususnya yang agak lemah dalam subjek-subjek kritikal ini. Selain itu juga, program ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan pelajar FSSKP dengan membantu memberi ruang atau medium sebagai menyelesaikan kekeliruan dalam subjek-subjek ini.





Tatacara Pemakaian Semasa Majlis Makan Malam Tahunan

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Seperti yang semua telah sedia maklum, dinner kali ini akan diadakan di Shahzan Inn Kuantan pada 29 Mac 2009 (Ahad), InsyaAllah. Seperti yang telah dijanjikan, di sini saya sertakan sedikit beberapa guideline atau tatacara pakaian dan contoh, bagi kebaikan semua pihak, agar tiada yang dalam kekeliruan.
Syarat-syarat pakaian bagi peserta lelaki :-
- Tidak dibenarkan memakai seluar jeans
- Pakaian hendaklah kemas, tidak selekeh
- Pakaian tidak boleh jarang sehingga menampakkan tubuh
- Pakaian mestilah menutup bahagian dada
- T-shirt kolar bulat tidak dibenarkan
- Selipar tidak dibenarkan, namun sandal yang bersesuaian dengan tema dibolehkan. Pemakaian kasut sangat digalakkan
- Pemakaian aksesori seperti skaf yang dililit di tengkuk/lengan dibenarkan



Syarat-syarat pakaian bagi peserta perempuan :-
- Pakaian (baju dan seluar) hendaklah tidak mengikut bentuk tubuh, tidak ketat (seperti pakaian yang melekat di tubuh)
- Baju/blaus hendaklah labuh dari punggung
- Pakaian tidak boleh jarang sehingga menampakkan tubuh
- Pakaian mestilah menutup bahagian dada
- Tidak dibenarkan memakai seluar jeans, slack dibenarkan
- Bagi yang memakai dress, hendaklah labuh sehingga ke buku lali
- Jika dress tidak sampai ke buku lali, hendaklah memakai slack
- Pakaian tanpa lengan/sedikit saja lengan, tidak dibenarkan sama sekali. Sekurang-kurangnya lengan pakaian mesti sampai ke siku (untuk Muslim dan non-Muslim). Bagi Muslim, hendaklah mengambil inisiatif memakai hand sock. Lengan pakaian hingga ke pergelangan tangan amat digalakkan
- Selipar tidak dibenarkan
- Pemakaian aksesori seperti reben/cekak/headband dibenarkan


Saya berharap dengan sedikit guideline ini, bukanlah bertujuan mengongkong kebebasan pelajar untuk berpakaian, tetapi untuk menjaga imej. Tidak salah mencantikkan diri/melaram, namun ada batasnya. Di bawah saya sertakan beberapa contoh pakaian (sekadar gambar hiasan, bukan tujuan supaya diikut) agar sekurang-kurangnya peserta mempunyai idea/inspirasi untuk pakaian ke majlis nanti . Semoga ia dapat membantu sedikit sebanyak.

PEREMPUAN :-






















LELAKI :-









Vest






InsyaAllah pada next entry, saya akan sertakan tentatif kerana ada yang perlu dirombak saat akhir. Saya mohon maaf atas kesulitan.

Sekian, terima kasih.