Pages

Subscribe:

Sesi ‘Dialog Bersama Dekan’

Photobucket

Assalamualaikum dan salam kasih sayang kepada semua pembaca,Alhamdulillah saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah atas limpah kurnianya,setiap makhluk yg hidup dimuka bumi masih lagi dipinjamkan roh dan jasad yang sempurna oleh Allah s.w.t untuk terus menikmati kehidupan manusia yang sementara waktu ini...


Pada 10 Februari 2009 yang lalu, Persatuan Teknologi Komputer (PETAKOM) dengan kerjasama Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian (FSKKP) telah menganjurkan sesi Dialog Bersama Dekan FSKKP, Dr. Jasni binti Mohamad Zain, yang bertempat di Astaka UMP. Acara ini bermula pada jam 8.00 malam. Sesi dialog ini bertujuan untuk membuka peluang kepada pelajar-pelajar FSKKP dan staff untuk meluahkan pendapat, rasa, cadangan, serta kemusykilan atau pertanyaan mengenai FSKKP atau akademik kepada Dekan. Pelbagai soalan dan pendapat telah diajukan kepada Dekan dan kebanyakan adalah mengenai Projek Sarjana Muda (PSM) dan Projek Tahun Akhir (PTA).Selain Dekan, pensyarah atau staff yang bertanggungjawab mengenai PSM dan PTA juga menjawab segala kemusykilan para pelajar FSKKP. Selain itu, diadakan juga acara cabutan bertuah untuk memeriahkan lagi suasana ketika sesi dialog berlangsung. Sesi dialog berakhir dengan sedikit jamuan ringan. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya hadir!












0 tester: