Assalamualaikum dan salam perpaduan kepada semua..
Bersempena Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Pantai Timur pada 28 Februari hingga 1 Mac 2009 yang lalu, pihak MPP telah membuka ruang kepada mana-mana kelab dan persatuan di UMP yang ingin menambahkan pendapatan dengan melakukan jualan. PETAKOM tidak ketinggalan dalam merebut peluang ini. Bertempat di kawasan belakang Kompleks Sukan UMP, gerai jualan PETAKOM ini telah dikendalikan oleh MT, EXCO dan Sekretariat-Sekretariat PETAKOM. Pelbagai jenis makanan dan minumam telah dijual pada hari tersebut. Antaranya ialah ice blended, kerepek, air minuman, burger, coklat dan dadih.
Tujuan utama program ini tercapai kerana gerai jualan PETAKOM mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung. Hasilnya, pada hari pertama PETAKOM yang bermodalkan RM330 telah mendapat keuntungan sebanyak RM367 dan hari kedua pula RM 248. Para ahli PETAKOM telah memberikan kerjsama yang baik pada kedua-dua hari. Syabas diucapkan!
Sewaktu Karnival ‘Jom Masuk U!’ berlangsung di UMP pada 28 Februari hingga 1 Mac 2009 yang lalu, bertempat di Kompleks Sukan UMP, fakulti juga telah membuka booth PSM. Tujuan utama booth ini adalah untuk memperkenalkan projek-projek tahun akhir pelajar Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian kepada tetamu yang hadir sekali gus dapat meningkatkan nama Persatuan Teknologi Komputer (PETAKOM) dan Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian dengan mempromosi dan memperkenalkan fakulti kepada pengunjung khususnya pelajar-pelajar sekolah menengah yang akan memasuki universiti tidak lama lagi.
Berikut adalah suasana di booth PSM PETAKOM sepanjang Karnival ‘Jom Masuk U!’. Booth ini juga telah dilawati oleh Y.A.B Datuk Sri Najib Tun Razak dan Naib Canselor UMP YH Dato' Profesor Daing Mohd. Nasir bin Daing Ibrahim.
0 tester:
Post a Comment