Pages

Subscribe:

Program Minggu Multimedia

Photobucket

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada 7 hingga 8 Mac 2009 (Sabtu dan Ahad) yang lalu, PETAKOM telah menganjurkan satu program iaitu Minggu Multimedia bertempat di FSK 6 & FSK 5.Pada hari Sabtu, peserta program ini terdiri daripada 30 pelajar Darjah 6 beserta seramai 4 orang guru pengiring daripada Sekolah Rendah (FELDA) Lurah Bukit. Fasilitator yang akan membantu adik-adik ini terdiri daripada pelajar UMP sendiri iaitu seramai 10 orang pelajar FSKKP Tahun 1. Adik-adik yang hadir ini telah didedahkan dan diajarkan penggunaan Microsoft Word dan Microsoft Power Point sebagai pengetahuan asas mengenai komputer.

Hari Ahad pula, peserta program adalah terdiri daripada pelajar UMP sendiri yang tidak terhad kepada pelajar FSKKP sahaja, malah dari semua fakulti. Pendedahan yang diberikan adalah berbentuk animasi menggunakan Flash. Seramai 30 orang peserta sahaja yang terpilih daripada 63 peserta yang menghantar penyertaan. Seramai 5 orang fasilitator yang mahir membantu melicinkan perjalanan program dan pengajarnya ialah Encik Aziman.

Makanan turut disediakan bagi para peserta. Bukan itu sahaja, malah peserta juga mendapat fail, pen serta sijil. Sepanjang kedua-dua hari berlangsung, hamper telah disediakan bagi pertandingan untuk menguji peserta.


0 tester: