Pages

Subscribe:

Interaksi Siswa Lepar Hilir

Photobucket

Assalamualaikum w.b.t.h. dan salam sejahtera

Program INTERAKSI SISWA’09 ini adalah berbentuk motivasi pendidikan kepada pelajar sekolah. Program ini fokus kepada pelajar sekolah menengah tingkatan 4 & 5 yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM). Ini bagi memberi pengetahuan serba sedikit tentang Universiti Malaysia Pahang (UMP) serta menarik minat mereka untuk memasuki Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti. Selain itu, berkongsi tenik jati dir dan cara belajar yang berkesan bagi menanam lagi sifat ingin belajar dalam diri pelajar. Antara aktivti yang dirancang seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) kesinambungan dari motivasi yang terbahagi kepada beberapa LDK dan setiap LDK tersebut mempunyai tema yang tersendiri. Selain itu pelbagai hasil karya multimedia pelajar FSKKP akan didemonstrasikan kepada pelajar sebagai pembakar semangat untuk belajar.


Seramai 28 orang mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan 2 orang pegawai akademik UMP dari Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) akan menyertai program ini. Pada pukul 7.30 pagi, fasilitator mula bertolak Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar, Pekan dan pelajar – pelajar sekolah tersebut mula berkumpul di dataran hadapan pejabat dan ketua warden mereka iaitu En. Zambri membahagikan mereka ke dalam kumpulan masing - masing. Sesi taklimat tentang fakulti FSKKP disampaikan oleh En. Azwan dan diteruskan dengan modul pertama iaitu Resolusi Mula. Pelajar – pelajar dibahagikan mengikut kepada dua kumpulan besar fasilitator iaitu tingkatan 5 dan tingkatan 3. Seterusnya, selepas rehat Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1 bermula sehingga pukul 12.30 tengahhari bagi memberi laluan kepada semua untuk berehat dan solat zohor. Tentatif pada sebelah petang pula berjalan sesuai mengikut perancangan. LDK Softskill dijalankan di kantin kerana ada tayangan video tatacara temuduga serta babak lakon semula yang dilakonkan oleh empat orang pelajar, dua pelajar lelaki dan dua pelaar perempuan. Program diteruskan dengan tayangan projek pelajar fakulti FSKKP dari 2 DCS dan mendapat sambutan daripada pelajar serta PK HEM sekolah sendiri. Selesai aktiviti tersebut, program diteruskan dengan acara sesi soal jawab tetapi tidak ada soalan daripada pelajar sebaliknya mereka meminta untuk memanjangkan program Interaksi Siswa ini selama 2 hari. Program ini diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada pelajar serta fasilitator dan cenderahati kepada pihak sekolah. Program ini berakhir pada pukul 6.30 petang dengan ucapan perasmian sekaligus penutup daripada PK HEM SMK Lepar dan sesi mengambil gambar bersama pelajar dan fasilitator.













2 tester:

Anonymous said...

nperw gmbar pngarah die cam knak2x trencat....huhuhuhu...

Safuan said...

astagfirullah..haha...xberani xcakap pape..minta empunya diri menjawabnye sendiri..huhu